Friday, October 03, 2008

Puluhan terkandas di Hari Raya

Puluhan pengunjung yang ingin menyambut Aidilfitri di Pulau Langkawi terkandas berjam-jam di jeti Kuala Kedah sejak petang semalam apabila perjalanan feri tidak mengikut jadual.

Mereka juga tidak diberi penjelasan oleh syarikat pengendali feri mengenai sebab-sebab jadual perkhidmatan feri itu ditunda, lapor Bernama.

Daripada lapan syarikat feri, hanya separuh beroperasi semasa cuti raya menyebabkan kekerapan perjalanan berkurang sedangkan ramai mahu ke pulau itu untuk bercuti atau berziarah.

Seorang penumpang Abdul Rashid Osman, 50, dari Kota Kuala Muda berkata beliau terkandas lebih empat jam di jeti itu, sementara jurutera awam dari Kuala Lumpur, Azhari Shaari, 37, bosan menunggu hampir 5 jam.

Azhari berkata, lapor agensi berita itu lagi, tiada seorangpun wakil syarikat feri memberi penjelasan atas kelewatan sedangkan ramai penumpang yang membawa kaum keluarga begitu letih dan dalam keadaan lapar dan dahaga.

-malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?