Thursday, October 02, 2008

Saiful: "Perjuangan belum selesai"

PETALING JAYA: Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadu dia diliwat majikan, menyifatkan perkembangan terbaru dalam hidupnya sebagai "perjuangan belum selesai" dan masih bersemangat untuk menegakkan kebenaran.



"Maklumlah perjuangan belum selesai. Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.



"Allamdullilah saya sihat walafiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti," katanya.



Saiful menyatakan demikian dalam tulisan terbaru blognya sempena Aidilfitri.



Kali terakhir blognya dihiasai tulisannya ialah 1 Ogos lalu.



Kali ini, dia yang turut menyentuh tentang sambutan 1 Syawal kali ini berkata, "berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah (ibu) kelmarin (Sabtu lalu)."



Katanya, walaupun sudah empat bulan tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik.



"Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.



"Tahun ini genap empat tahun Syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Halina Mohd Alip.



"Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang Syawal. Kuih tart dan kek buah sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t." katanya.



Saiful menambah, tahun ini juga buat pertama kalinya dia tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta.



"Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin," katanya.



Pada 24 September lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan bahawa ia mengumumkan pada 7 Oktober ini sama ada membenarkan atau tidak permohonan pendakwaan agar perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.



Anwar, 60, dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.



Jika didapati bersalah, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.



Anwar kini dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.



-mSTAR Online

3 comments:

  1. Perjuangan tidak akan selesai.

    Walaupun anda sihat walafiat namun hidup anda tak ubah seperti lembu susu. Hidup dalam kandang dan susunya diperah. Cukup masa akan disembelih.

    Adalah malang seorang manusia yang banyak duit tapi tidak boleh bercampur dengan masyarakat malah sentiasa dalam ketakutan. Takut dengan orang yang dijadikan musuh, takut dengan orang yang berkuasa.

    Siapa yang peduli pada anda...? Hanya orang yang mempunyai kepentingan peribadi saja yang mengatakan simpati kepada anda.

    Nanti kita akan kira berapa ramai kah rakyat malaysia yang akan bersimpati pada anda, kerana anda adalah mangsa liwat.

    Untuk pengetahuan anda, isu liwat anda sudah basi dan remeh saja sekarang. Kes peralihan kuasa dari mulut harimau ke mulut buaya adalah lebih penting untuk difikirkan dari bercerita dubur celaka anda itu.

    ReplyDelete
  2. Soalan cepumas untuk Si-"Fool" 1)Adakah anda disorok di kem sungai Udang Melaka oleh kaki2 berkepentingan? 2)Dapatkah anda hidup seperti rakyat biasa? 3)dapatkah bakal isteri anda berkongsi sama2 duit hasil jualan dubur anda? 4)Adakah anda akan hidup selamanya dan pasti tak akan menyusuli arwah ibu anda ke alam kubur?

    ReplyDelete
  3. ANDA SEHARUSNYA BERBANGGA KERANA BERISTIQAMAH DALAM MEMPERJUANGKAN BANGSA DAN NEGARA. TERBUKTI SEKARANG BANGSA DAN NEGARA BERADA DI BELAKANG ANDA... DI DUBUR ANDA, TAHNIAH...!
    JUGA TAHNIAH BUAT BANGSA DAN NEGARA YANG BERGANTUNG HIDUP PADA DUBUR ANDA.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?