Wednesday, October 15, 2008

Sejarah Malaysia: Berani Ke Pak Lah Perbetul Fakta..?

Abdullah berkata sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa dan justeru itu, adalah penting bagi generasi muda untuk mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara.

"Ini mesti... jangan nanti anak-anak tiada peluang (untuk mengetahui dan mendalami sejarah)," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Sejarah iaitu bangunan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Jalan Tun Razak di sini.

Tu kata Pak Lah... aku quot sekali lagi - "sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa". memang sah Pak Lah HadHari lebih pentingkan sejarah bangsa daripada sejarah agama Islam.

Lagi satu aku quot sekali lagi -"Ini mesti... jangan nanti anak-anak tiada peluang (untuk mengetahui dan mendalami sejarah),". maknanya...?

Maknanya UMNO Barisan Nasional dah nak mampuih... tu pasal Pak Lah dok tekan supaya Sejarah Diwajibkan Di Sekolah Rendah.tujuannya supaya generasi akan datang akan sentiasa mengingati Barisan Nasional yang "kununnya"berjasa dalam pembangunan negara.

Mungkin juga Pak Lah takut lepas ni nama Pak Lah tidak akan diingati ataupun tiada kangsung tertulis dalam sejarah pembangunan negara... maklumlah hayat Barisan Nasional dah tak lama sangat dah... jadi sebelum Barisan Nasional terkubur terus dari mukabumi Malaysia, Pak Lah cuba nak masukkan nama Barisan Nasional dalam sejarah Malaysia agar terus diingati dimasa akan datang...

Mungkin juga mulai tahun depan, matapelajaran sejarah di sekolah rendah akan juga menyelitkan sejarah UMNO dan juga Barisan Nasional... Malaysia Boleh..! siapa yang tak tau kan?

Tapi sebelum tu apa kata Pak Lah mintak pengkaji sejarah dan jugak menteri pelajaran perbetulkan dulu fakta-fakta tentang pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang menuntut kemerdekaan negara dari jajahan British dulu... apa yang diajar pada anak-anak dan juga pada kita disekolah dulu cuma nama-nama mereka-mereka yang "berunding" dengan British... itu bukan pejuang... itu namanya meneruskan kuasa jajahan disebalik kemerdekaan.

Jangan lupa jugak nama mereka-mereka yang berjuang lebih awal seawal 10 tahun sebelum merdeka... ada berani ka Pak Lah???

Jangan lupa jugak untuk perbetulkan tarikh pembentukan negara Malaysia iaitu 16hb.September.

Kalau Pak Lah boleh perbetul yang tu semua, tak mustahil nama Pak Lah jugak akan tertulis dan akan dikenang sebagai Pi Em yang berjaya membetulkan fakta-gakta sejarah negara Malaysia yang telah diputar belit oleh UMNO/BN sejak lebih 51 tahun dulu.

Nama UMNO/BN jugak akan tertulis dalam sejarah sebagai parti politik yang paling lama berjaya menipu rakyat negara Malaysia dengan cerita sejarah rekaan dan fakta putar belit..!

Peace Pak Lah..!

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?