1. Satu inovasi yang diperkenalkan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila sahaja dia menjadi Perdana Menteri ialah penubuhan satu badan penasihat khas yang dianggotai oleh menantu, anak dan kawan-kawan muda mereka. Kononnya mereka ini bijak dan pandai lebih daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman. Pendapat mereka ini lebih dipercayai oleh Abdullah daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO.
2. Lulusan Oxford dan Cambridge memang dianggap istimewa, tetapi yang lulus dari universiti-universiti ini bercambah dan ia tidak menjamin kebolehan yang luarbiasa. Lagi pun, orang-orang muda ini tidak punyai pengalaman mendalam dalam pentadbiran, politik dan ekonomi negara.
3. Yang lebih buruk ialah mereka mempunyai kepentingan tertentu dan berhajat untuk mendapat pulangan wang yang banyak daripada pengaruh mereka keatas Perdana Menteri dan Kerajaan.
Baca artikel penuh di [sini].
MENGAPA MUZIK PERLU APPRISIASI?
Teori aprisiasi muzik mula berkembang pada generasi muzik moden pada awal 1910. Ini antara beberapa subjek penting yang terakhir muncul dalam disiplin muzik, ia berkait rapat dengan teori analisa muzik ( music analysis ). Dengan aprisiasi, manusia belajar untuk memilih apa yang mereka patut dengar atau yang ingin mereka dengar. Ini objektifnya.
Pendengar umum adalah dari kebanyakkan yang tidak sedar apa yang ingin di dengarinya, malah apa sebenarnya yang sedang mereka dengarkan. Ini adalah dilemma dalam konteks kebudayaan, umumnya.
Proses mendidik citarasa ( taste ) bukan suatu usaha pendek dan mudah. Ia sentiasa beredar sesuai dengan nilai pada setiap zaman yang berubah-ubah. Koleksi idea dan
emm... thank you for this :))
ReplyDelete