KOTA BAHARU, 6 Okt (Bernama) -- Sembilan daripada 14 Umno Bahagian di Kelantan tidak akan menyaksikan pertandingan bagi jawatan ketua pada persidangan perwakilan yang bermula Khamis ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata di sembilan itu hanya jawatan Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita yang akan ditandingi.
"Jumlah itu menunjukkan semangat kerjasama dalam Umno dan ini menunjukkan satu perkembangan yang baik bagi Umno di Kelantan," katanya kepada Bernama di sini.
Sembilan bahagian yang tiada pertandingan jawatan ketua adalah Gua Musang, Pasir Mas, Bachok, Ketereh, Kota Baharu, Tumpat, Pasir Puteh, Machang dan Jeli manakala lima lagi bahagian yang akan menyaksikan pertandingan ialah Tanah Merah, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa, Kuala Krai dan Kubang Kerian.
Annuar berkata pemilihan peringkat bahagian dijangka selesai menjelang 10 Nov.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?