Friday, October 10, 2008

Tulang Besi bukan Agen UMNO atau Agen Kepada Mana2 AJK PAS.

Ada "discussion thread" di laman Tranung Kite yang mempersoalkan siapa Tulang Besi. Saya sedar berbagai usaha dari puak Fraksi UMNO untuk memburukan saya. Ada yang cuba mengatakan saya ini agen UMNO, ada yang berkata saya ini pemecah belah jemaah, ada yang mengatakan saya ini fanatik Anwar Ibrahim, ada yang mengatakan saya tidak hormat kepada kepimpinan ulama, ada yang mengatakan saya liberal dan ada juga yang cuba mengatakan saya ini ahli PKR dan penyokong kuat PKR. Di dalam artikel ini saya ingin memberi fakta sejarah mengapa saya bersikap begitu keras dengan fraksi UMNO dan penyokong mereka.

Arwah bapa saya adalah salah seorang dari Perwakilan PAS di dalam Mesyuarat Agong Khas yang dipanggil Dato Asri pada tahun 1972 di Dewan Bahasa dan Pustaka bagi membincangkan kemasukan PAS ke dalam kerajaan campuran dengan UMNO dan Perikatan.

Mengikut cerita ibu saya, arwah bapa saya adalah salah seorang yang bangkit menentang usul Dato' Asri tersebut yang mencadangkan PAS menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan itu.

Arwah bapa saya telah diminta oleh beberapa AJK PAS Pusat pada masa itu untuk menyuarakan bantahan terhadap usul tersebut. Dan, Arwah bapa saya diminta untuk berucap dan meyakinkan pada perwakilan di waktu itu untuk menentang usul Dato' Asri tersebut.

Arwah Bapa saya tidak memberikan banyak hujjah. Dan sebagai perwakilan PAS dari Kampung Baru, telah memberikan beberapa hujjah. Namun, hujjah utama beliau adalah tidak lain dan tidak bukan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang penipu dan tidak boleh dipercayai. Justeru, penyertaan PAS dalam kerajaan campuran ini akan menyebabkan PAS akan diperangkap kerana UMNO adalah sebuah parti yang tidak boleh dipercayai. Mereka ada rekod yang cukup buruk di kala itu di dalam mengkhianati rakyat dan Islam.

Namun, usaha arwah bapa saya itu tidak membuahkan hasil. Dari sejumlah perwakilan yang hadzir, hanya tidak lebih 30 perwakilan yang menyokong usul arwah bapa saya tersebut. Usul arwah bapa saya telah dikalahkan dengan begitu besar sekali majoriti undinya.

Walaubagaimanapun, tidak lebih 3-4 tahun kemudian, hujjah arwah bapa saya itu terbukti benar. PAS telah dikhianati UMNO dan ahkhirnya PAS ditendang dari Barisan Nasional dengan begitu hina dan dengan cara yang begitu jijik sekali.

UMNO telah mencipta alasan dengan menggunakan "munafiqin" dalam PAS bagi menendang PAS keluar dari Barisan Nasional dengan sebegitu jijik sekali. Sebab utama UMNO bertindak kemudian adalah kerana populariti PAS di kalangan orang Melayu/Islam semakin bertambah sewaktu PAS berada di dalam kerajaan sehingga melebihi UMNO. Oleh kerana UMNO masih lagi memegang tampuk kuasa dan pemerintahan, mereka mampu menggunakan segenap jentera kerajaan dan istana Kelantan bagi mengkhianati dan menikam PAS dari belakang.

Hasilnya PAS hilang sokongan dari orang Melayu dan PAS hidup bagai orang sakit yang hampir mati selama beberapa tahun. Hanya dalam tahun 1990 barulah PAS mampu menawan kembali Kelantan.

Dengan kata lain, penentangan saya kepada Fraksi UMNO ini adalah warisan dari arwah bapa saya. Tak perlu lah mereka yang menyukai penyertaan PAS ke BN menuduh saya agen UMNO ataupun tidak wala' kepada pimpinan dsbnya.

Mereka yang menuduh saya ini mungkin hanya setahun jagung bersama PAS berbanding saya (bukan nak berlagak). Jadi tak perlu lah nak memburukan saya dengan mengatakan saya ini bukan PAS ataupun saya ini agen PKR.

Juga, saya mendapat maklumat dari berbagai sumber. Thread dlm Laman Tranung Kite itu cuba mengkaitkan saya dengan Dr Syed Azman. Suka saya nyatakan bahawa maklumat-maklumat dalam artikel saya BUKAN dari Dr Syed Azman kerana saya sudah lama tidak berhubung dengan beliau.

Dan tak perlu menyoal siapa saya. Cukup saya katakan saya ahli lama dalam PAS dan saya mendapat pendedahan tentang PAS dari dua zaman: sebelum dan selepas kepimpinan ulama. Sebab itu pemikiran saya tidak tertutup seperti orang2 yang skrg giat menuduh saya macam2.

Dan oleh kerana Arwah bapa saya terbukti benar kata-ata beliau semasa Mesyuarat Agung Khas 1972 di DBP, maka saya yakin pendirian saya juga benar.

Mana boleh sebuah parti seperti UMNO yang turun temurun anti ISlam boleh bekerja sama dengan PAS untuk menaikkan Islam.

Sewaktu saya di Mesir dahulu, saya melihat sendiri usaha UMNO untuk merosakkan aliran graduan Azhar ke Malaysia. Mereka menghantar pelajar tahun 4 ke Azhar dari kolej2 kelolaan mereka yang mana di kolej2 ini akhlak dan shaksiyah pelajar tidak berjaga.

Hasilnya, dapatlah kita lihat bakal2 UStaz dari Azhar yang berseluar jeans ketat serta berambut panjang dan bertocang memenuhi Hayy Assiyr.

UMNO juga telah membuat ikhtiar menaikkan bilangan pelajar Medic ke Mesir dan mengurangkan pelajar aliran agama. Maka buat pertama kali kita berjumpa pelajar2 yang tidak bertudung berjalan bebas di Hayy Asyirr.

Sejahat Pairin dan Lim Chong Eu, mereka tidak pernah handak mensabotaj aliran graduan Azhar ke Malaysia sewaktu mereka menjadi Ketua Menteri dahulu. TEtapi UMNO ini lebih jahat dari Pairin dan lebih jahat dari Gerakan/Lim Chong Eu dan Koh Tsu Kun.

Malahan Lim Guang Eng yang berbangsa Cina dan DAP pun tak pernah ada perancangan jahat mensabotaj pendidikan agama di Penang. Malahana GUan Eng telah menjanjikan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat yang pada satu masa dahulu telah disabotaj oleh UMNO laknatullah.

Hakikatnya UMNO adalah musuh Islam #1 di Malaysia. Tiada harapan untuk ISlam kembali hebat di Malaysia selagi UMNO masih memerintah. Oleh sebab itu, wajib atas sekelian umat Islam yang sayangkan agamanya untuk memastikan UMNO dikuburkan.

UMNO adalah parti yang dipenuhi penipu, pengamal sihir, korup, pembenci Islam, penentang Islam, sekularis dsbnya. Mereka tidak mungkin mampu dan mahu menaikkan Islam kembali.


Tulang Besi - Malaysia Waves

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?