KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengalu-alukan tindakan ramai pemimpin Umno yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden selaras dengan amalan demokrasi yang dipraktikkan parti.
Bagaimanapun katanya, pertandingan itu perlulah berlangsung secara sihat tanpa sebarang taktik kotor.
"Baguslah... bertandinglah... kita demokrasi. Jangan main kotor sudahlah.
"Jangan bayar duit, jangan sogok. Kita tunjuk kebolehan kita, insya-Allah, orang akan pilih kita.
"Tapi kalau guna tekanan, kilas tangan orang, tarik balik kontrak, ini bukan demokrasilah," kata beliau ketika pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri di kediamannya The Mines Resort City di sini, hari ini.
Beliau berkata, dalam pemilihan akan datang, tidak perlu wujud istilah pasukan kerana jika sesebuah pasukan itu kalah, mereka akan sukar bekerjasama dengan pasukan yang menang.
"Ini bukanlah Amerika Syarikat. Tak perlulah ada pasukan. Kalau kita menang, pasukan kita menang, nak bekerjasama dengan orang yang lawan kita itu susah.
"Kita boleh masing-masing bertanding jawatan masing-masing, dan kita harus sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja yang menang," katanya.
Ditanya andaiannya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan bertanding atau tidak jawatan Presiden sebelum 9 Oktober ini, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak percaya selagi Abdullah belum membuat sebarang pengumuman.
"Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalih. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya.
-mSTAR Online
TP - Kah Kah Kah Kah Kah... sama la Che' Det... zaman hang dolu-dolu pun mana la ada orang caya hang nak lepas jawatan... sape la yang nak lepas jawatan setinggi tu kan??? Pi Mai Pi Mai tang tu jugak Che' Det...
Dolu zaman hang "power" hang tak nampak... la ni hang dok kat bawah baghu hang tau ye???
Hang tengok la balik ulang tayang... apa yang hang tengok hari ni, semunya hasil turun temurun apa yang ada masa zaman hang dolu...
Sindri mau hengat..! Deja'Vu..!
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?