Wednesday, October 29, 2008

Tunda Sebab Kantoi... Bodo Betul...

Pak lah habaq - Pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion ditangguhkan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global, kata perdana menteri.

.........sekarang kita tertanya-tanya... pembelian ditangguhkan untuk menutup beberapa kepincangan yang didedahkan oleh Pakatan Rakyat dalam urusan pembelian ataupun betul-betul sebab krisis ekonomi?

Kalau sebab krisis ekonomi, kenapa tak tangguhkan awal-awal lagi seawal ketika harga minyak berada pada paras tertinggi masa bulan Jun lepas?

Kalau sebab krisis ekonomi, kenapa tak tangguhkan sebelum Pakatan Rakyat buat pendedahan kepincangan dalam pembelian pesawat tersebut?

Kalau sebab ekonomi, kenapa sebelum ni sibuk dok buat pertahankan bahawa pembelian pesawat tersebut adalah tidak merugikan dan harganya adalah bersesuaian dengan apa yang ditawarkan pada jentera tersebut?

Kalau sebab ekonomi, kenapa tak tunda sebelum Pakatan Rakyat dedahkan harga sebenar pesawat yang dibeli oleh negara lain berbanding Malaysia?

Tunda sebab kantoi ka Pak Lah?

Lenkali jangan dok belit banyak sangat...makin banyak belit, makin banyak kantoi... la ni, anak-anak sekolah rendah pun dok bantai gelak tiap kali Pak Lah buat kenyataan... pasai apa gelak?

Depa habaq, kawan sekolah depa kelentong lagi power dari Pak Lah... Pak Lah punya kelentong budak tadika pun tau...

Bodo punya Pi Em..!

2 comments:

  1. Kerajaan dalam 'State of denial', memang benar kata-kata yang diungkap DS Anwar Ibrahim.

    Sekarang kita masih tunggu semakan semula belanjawan, masihkah dalam suasana yang sama. Walaupun harga minyak telah turun keparas yang rendah namun harga barangan keperluan terus mencanak naik.

    Tanggungan rakyat makin meningkat, penganguran makin bertambah, penjenayah bermaharajalela dan bertambah ganas, sistem kehakiman kian bercelaru dan politik UMNO/BN haru biru.

    Sebagai rakyat, yang ada pada kita adalah bersabar dan berdoa semoga HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA segera menjelma.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?