Sembilan orang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengancam untuk meletak jawatan jika mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian terbabit yang diadakan minggu lalu tidak diadakan semula.
Jurucakap anggota jawatankuasa terbabit, Faisal Supada berkata, cara pengiraan undi bagi pertandingan dan pencalonan jawatan dalam mesyuarat terbabit dijalankan secara tidak telus dan melanggar peraturan parti.
"Aduan rasmi telah pun dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin Badan Perhubungan Umno Johor dan kami meminta supaya mereka mengarahkan supaya mesyuarat perwakilan itu diadakan semula."
"Jika mesyuarat perwakilan tidak diadakan semula, kami akan meletak jawatan," katanya yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno cawangan Kampung Kangkar Pulai kepada Bernama di Johor Bahru, hari ini.
Kebanyakan perwakilan tidak berpuashati dengan proses pengiraan undi oleh pasukan penyelaras mesyuarat dari Pemuda Umno Bahagian Pulai yang diketuai oleh Ketua Pemudanya Abdullah Yusof, yang dilakukan di dalam bilik hotel tanpa sebarang pengawasan daripada wakil-wakil calon.
"Bukan sahaja pengiraan undi dilakukan secara rahsia di dalam bilik hotel, tetapi apa yang memeranjatkan kami adalah ia (undi) dikira di atas katil bilik tersebut," dakwanya.
Faisal turut mempersoalkan tempoh lima jam yang diambil oleh pasukan penyelaras diketuai oleh Abdullah untuk mengira undi yang dilakukan oleh 146 perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah.
Proses pengiraan undi sepatutnya diadakan secara telus di hadapan para perwakilan dan wakil calon, katanya sambil menambah, Abdullah juga didakwa bersikap kasar terhadap anggota perwakilan Pemuda Bahagian.
Ketua Pemuda Umno Pulai itu, katanya, turut meninggalkan persidangan secara tergesa-gesa sejurus selepas Pengerusi Tetap Umno Bahagian mengumumkan keputusan pengundian dan pencalonan tanpa mengendahkan bantahan oleh perwakilan.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?