Thursday, November 20, 2008

27 Nov tarikh tentukan Raya Qurban

Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Qurban ditetapkan pada petang Khamis, 27 Nov, bersamaan 29 Zulkaedah 1429 Hijrah, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban berdasarkan Rukyah dan Hisab, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Tarikh Hari Raya Qurban akan diisytiharkan pada malam tersebut melalui radio dan televisyen.

1 comment:

  1. Alhamdulillah tak lama lagi kita nak sambut Hari Raya Haji pula. Tapi asyik nak berseronok je. Ynag penting, pengisian semasa Hari Raya Haji yang penting. Ingat semula sejarah yang berkaitan dengan peristiwa ibadat qurban dan aqiqah. Barulah kita dapat mendalami apakah yang dimaksudkan dengan Hari Raya Haji atau Qurban ni...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?