Friday, November 21, 2008

47 Pelajar Je Tak De IC - KERAjaan Sabah

Kerajaan negeri menafikan laporan sebuah akhbar hari ini mengenai kira-kira 40 peratus daripada 1,000 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bum-Bum di Semporna tidak dapat menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berikutan ketiadaan kad pengenalan.

Exco Pelajaran Sabah yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun (gambar) berkata, jumlah sebenar pelajar yang terlibat hanya 47 orang dan bukan 40 peratus seperti yang dinyatakan.

"Dakwaan bahawa 40 peratus adalah tidak benar tetapi jumlah yang tepat ialah 47 pelajar sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini - Utusan Online

TP - oi pak menteri... yang dikecoh-kecohkan tu bukan "jumlah pelajar"... yang hang bingai sangat tu awat? bilangan tu bukan satu masalah dalam hal ni...

Yang jadi masalahnya ialah "ada pelajar yang gagal menduduki peperiksaan sebab TIDAK ADA KAD PENGENALAN..! bodoh...!!!

Orang suruh setel masalah KAD PENGENALAN, bukan JUMLAH... bodoh...!!!

Kad pengenalan tu yang utama sebagai tanda warga negara. hangpa reti "jumlah" je ke?

Awat..? kapal dok ingat RM RM je???

Menteri BANGANG!!!

1 comment:

  1. OOOI Pak menteri!

    SMK Bum Bum tu besaq mana?

    Kalau 47 dari 120 calon tak dak IC to dah kira 40 peratus la..

    BINGAI!!!!!
    Peratus ngan bilangan pun tak tau..
    Camna boleh jadi Exco Pelajaran?
    Mengira pun tak tau?
    Awat bila dah pakai PPSMI ni dah lupa pulak ke?
    Percent tu Peratus.

    Ada calon SMK tu sampai 1200 orang?

    Nasib baik kat Bum Bum kalau kat tempat saya tu dah lebih 156 peratus tuuu....
    pasai cuma ada 30 calon je taun ni...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?