Saturday, November 29, 2008

Abang Muhammad Salahuddin sambung khidmat YDP Sarawak

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyerahkan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bagi menyambung khidmatnya bagi tempoh setahun.

Upacara yang diadakan di Istana Negara itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Abang Muhammad Salahuddin, 87, dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam pada 2001 menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor yang meninggal dunia pada 2000. Pada 2004 dan 2006, tempoh jawatan beliau disambung semula untuk tempoh dua tahun.

Abang Muhamad Salahuddin pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketiga iaitu dari 1977-1981, menjadikan beliau orang pertama memegang jawatan itu sebanyak dua kali.

Sebelum memegang jawatan tersebut, Abang Muhammad Salahuddin pernah berkhidmat sebagai ahli dan kemudian Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak dari 1974 hingga 1977.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?