Wednesday, November 26, 2008

Alkohol: PAS 'bongkak', kata DAP

PAS dianggap "bongkak dan sukar bekerjasama" apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara menambah, tindakan PAS sedemikian boleh membawa keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Tony mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut PAS sedang memperkenalkan langkah sedemikian di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam melalui anggota-anggotanya yang berada di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan.

"Walaupun PAS Selangor berhak mencadangkan sebarang peraturan yang difikirkannya perlu, mereka jangan lupa bahawa di negeri ini, mereka sebahagian gabungan bersama dua lagi parti dengan menguasai lapan daripada 36 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat," kata Tony.

"Oleh itu, sebarang percubaan oleh PAS Selangor untuk menegakkan dasarnya tanpa mengambil kira rakan gabungannya booleh dianggap bongkak dan sukar bekerjasama, yang hanya boleh melemahkan kerajaan campuran."

-malaysiakini

9 comments:

  1. Membuat ulasan dari laporan akhbar adalah tidak tepat dan tidak bijak..!!!Umur baru sebulan jagung memanglah mudah diperkotak-katikan oleh musuh luar yang lebih gedebeee...

    ReplyDelete
  2. Topeng perak,

    PAS dan DAP bertelagah tentang arak itu adalah pekara yang perlu diberi perhatian. Bukan nak menangkan pada mana-mana pihak tapi kita kena tahu bahawa arak juga perosak kesihatan seperti rokok.

    Pas cuba mencegah penggunaan arak sebagai minuman untuk hiburan dikalangan rakyat khasnya orang yang beragama islam dan ditujukan juga kepada orang berbangsa melayu adalah tindakan yang betul.

    Dan jika DAP ingin terus berdengung dengan arak atas alasan mereka berhak menikmati air tersebut kerana bangsa dan agama mereka membenarkan mereka meminumnya maka ianya juga perlu diberi kelonggaran sebagai satu dasar tolak ansor antara kaum. Biarkan mereka mabok dan tersungkur ditepi parit.

    Pekara ini adalah pekara mudah untuk diatasi. Jangan dikusutkan fikiran sehingga menimbulkan kesusahan untuk menyelesaikannya.

    Orang Islam, berbangsa melayu hendaklah menjaga akal fikiran nya sentiasa dalam keadaan waras..

    ReplyDelete
  3. Sorry Tony Pua,
    PAS cuma ada 4 Ahli Majlis Dalam MBSA. Di beritakan pembatasan jualan arak itu dicadangkan oleh Ahli Majlis dari DAP.

    ReplyDelete
  4. molek tu, arak memang haram. dah minum arak buleh bawak mampus
    arak ibu segala kejahatan

    ReplyDelete
  5. Memang patut arak diharamkan atau dibataskan. Ia tidak memberi manfaat kepada umat manusia tidak kira bangsa atau agama.

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya aku suka keadaan macam nie.. baru ada check and balance.. bila PAS wat salah DAP tegur.. bila PKR wat salah PAS tegur.. Baru seimbang PAKATAN RAKYAT.. Susah nak jumpa mcm nie dalam BARISAN NASIONAL.. mana parti lain tak boleh nak tegur dan akur je... Baik UMNO MCA atau MIC... yang lain lg lar.. skrg nie cerita dalam kelambu pun nak heboh...

    ReplyDelete
  7. Tindakan PAS tu betul. Cuma yang menjadi masalah ialah ketidaksefahaman antara parti komponen Pakatan Rakyat yang memang nyata berlainan arah tuju dan perjuangan. Mana mungkin Pakatan yang penuh dengan kelam kabut yang tercetus akibat perjuangan yang berbeza, membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan kukuh? Memang mustahil...

    ReplyDelete
  8. Yang DAP kutuk PAS. PAS kutuk DAP... Parti macam ni ke yang nak memerintah negara?... Alamat hancurlah..

    ReplyDelete
  9. Itulah susahnya bila masing-masing ada agenda dan perjuangan sendiri tapi duduk di bawah satu pakatan yang kononnya mampu mengambil alih kerajaan sekarang. Belum memerintah dah jadi huru-hara, ada hati nak memerintah negara...Cheh!!!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?