Hujan sederhana kadangkala lebat yang melanda kebanyakan daerah di lima negeri di Utara dan Pantai Timur Semenanjung dijangka berterusan sehingga Ahad dan boleh menyebabkan banjir, menurut Jabatan Meteorologi hari ini.
Jabatan itu berkata banjir boleh berlaku terutama di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sementara itu di Kuala Terengganu, jurucakap Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri berkata paras air sungai-sungai utama di negeri itu masih pada tahap normal walaupun hujan dilaporkan berterusan.
“Setakat ini air sungai di Terengganu tidak menunjukkan peningkatan walaupun hujan yang melanda seluruh negeri itu kadang-kala bertukar lebat,” katanya ketika dihubungi.
Ni banjir ni konspirasi UMNO,. terutama jika kena Kedah, Kelantan, Perak, Selangor,.
ReplyDeleteJika kena Johor,..bala dari Allah
cakap-cakap bodoh manusia berfikiran sempit........dunia ni lebih luas..bukan stakat malaysia sahaja...lebih ramai umat islam ditindas diluar sana...orang lain main politik dapat apa dihajat,engkau masih lagi pandai mengutuk ajer
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete