Bapa angkasawan pertama negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor mendakwa anaknya disabotaj sehingga timbul kontroversi kononnya menerima pendapatan mencecah RM1.2 juta.
Sheikh Mustapha turut mengakui, sememangnya wujud banyak usaha pihak-pihak tertentu yang ingin mencalarkan imej baik anaknya, Sheikh Muszaphar dan tohmahan mengatakan angkasawan itu mengenakan bayaran RM8,000 untuk satu jam berceramah.
"Ya, mungkin Mus (panggilan mesra Dr. Sheikh Muszaphar) timbul sabotaj... saya tahu siapa orangnya, tapi saya tak nak cakap kerana saya tak mahu ada yang tersinggung.
"Saya sedih dengan apa yang berlaku tapi kami mengambil sikap tak mahu melenting kerana kami berserah pada Allah dalam hal ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa ditemui bersama lima ahli keluarganya yang lain sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah untuk menunaikan haji selama 18 hari yang ditaja oleh kerajaan Arab Saudi semalam.
Mengulas lanjut mengenai isu sabotaj itu, Sheikh Muszaphar berkata, beliau tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu dan menyifatkannya sesuatu yang remeh.
"Itu di luar bidang kuasa saya, saya sentiasa berfikir secara positif, ini dugaan daripada Allah dan ia juga adalah satu cara untuk saya kuatkan azam supaya bekerja dengan lebih bersungguh," ujarnya.
Sementara itu, berhubung siasatan yang bakal dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Sheikh Muszaphar pula berkata, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan walaupun keputusan itu nanti mungkin tidak menyebelahinya.
naik atas guna duit rakyat,jadi pelancong. bukan angkasawan tapi memang bangsa tunjuk lagak...
ReplyDeleteCakap banyak pun tak guna. Kita tunggu je keputusan siasatan MOSTI dalam isu ini...
ReplyDelete