Thursday, November 27, 2008

Banjir: 120 orang dipindahkan

Tanjung Malim - Seramai 120 orang daripada 20 buah keluarga dari dua buah kampung di Slim River dipindahkan ke pusat pemindahan apabila kampung mereka dinaiki air sedalam 0.3 meter akibat hujan lebat sejak malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Balai Polis Slim River memberitahu, mereka dipindahkan pada pukul 12 tengah malam dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ditempatkan di dua buah dewan di kampung tersebut.

''Banjir berkenaan disebabkan hujan lebat selama tiga jam bermula pukul 10 malam.

''Ekoran itu, ia menyebabkan air dari Sungai Ulu Slim melimpah dan membanjiri Kampung Muda dan Kampung Pasir,'' kata jurucakap tersebut ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa banjir dijangka dibenarkan pulang lewat petang ini setelah keadaan air mulai surut pagi ini.

''Keadaan banjir tidak membimbangkan, pihak Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) telah mengarahkan penduduk terbabit berpindah kerana bimbangkan keselamatan mereka," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?