KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sungguhpun berita online lebih popular di kalangan golongan muda Malaysia pada masa ini ekoran ia memuatkan maklumat terkini dan menjadi forum perbincangan interaktif, tetapi ia juga mempunyai kelemahan, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
"Adakalanya, berita Internet atau blog adalah nakal dan digunakan sebagai wadah untuk menyebarkan khabar angin dan bukannya berita yang betul," katanya semasa berucap pada majlis konvokesyen keempat University of Ballarat cawangan Malaysia di sini, Isnin.
"Saya teringat akan kata-kata G M Travelyan, sejarawan berbangsa Inggeris dan saya petik kata-kata itu: 'Education has produced a vast population able to read but unable to distinguish what is worth reading' (Pendidikan berjaya mengeluarkan sebilangan besar populasi yang boleh membaca tetapi tidak dapat membezakan apa yang bernilai untuk dibaca)."
"Ini menimbulkan persoalan mengenai sama ada graduan berjaya memperoleh pengetahuan yang tidak diajar dalam kursus formal yang juga sama penting.
"Saya merujuk kepada kualiti keperibadian seperti sifat penyayang, beretika dan bertanggungjawab dalam semua yang kita lakukan dan dalam semua yang kita lihat dan baca dan bagaimana kita menampilkan diri kita dalam ucapan dan tulisan," kata Shabery yang segak mengenakan jubah.
Beliau berkata adalah penting bagi seseorang untuk dapat mengenal pasti dan membezakan antara apa yang patut dibaca dan apa yang cenderung untuk memperdaya.
Shabery juga menyentuh mengenai pentingnya Malaysia membangunkan modal insan untuk mencapai matlamat masyarakat berpengetahuan dan negara maju menjelang 2020, lebih-lebih lagi dengan krisis ekonomi global yang sedang berlaku.
Beliau juga berkata Malaysia telah melepasi sasaran 50,000 pelajar asing menjelang 2010 dalam objektif negara untuk menjadi hab pendidikan global.
Iya tak ya jugak.
ReplyDeleteSemua maklumat media kerajaan betul belaka...
kah kah kah kah kah...hang tak percaya ke cakap menteri "terang-terangan" ni???
ReplyDeleteaku lagi la tak percaya...kah kah kah kah kah kah...
sudah terang lagi bersuluh.