Wednesday, November 12, 2008

Exco S'gor ditahan, dibebas dengan jaminan polis

Polis menahan exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu sewaktu tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam tengah hari tadi.

Ronnie ditahan berhubung laporan polis yang mendakwa beliau menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong tahun lalu, kata seorang lagi exco negeri, Elizabeth Wong.

Ronnie yang ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran ditahan oleh anggota polis di pintu masuk ke bangunan tersebut pada kira-kira jam 2 petang.

Beliau ditahan ketika dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat exco negeri.

Ronnie kemudiannya dibawa ke balai polis Puchong.

Elizabeth yang menyaksikan Ronnie ditahan berkata, Ronnie dijangka didakwa di mahkamah majlis Petaling Jaya Isnin depan.

Ronnie kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada jam kira-kira 3.15 petang.

Beliau juga telah diarahkan hadir di mahkamah majistret Petaling Jaya Isnin ini.

sumber - malaysiakini

2 comments:

  1. pihak pembangkang mesti bisinglah hal Ronnie kena tangkap ni.tak tau lah kenapa dengan PR.macam orang mereka tak boleh disoal siasat langsung oleh pihak Polis.

    ReplyDelete
  2. Tak kan tau tau kot....Biasalah...Kita orang PR ni kalau bom orang pun pihak polis tak boleh siasat...!!!Esh..esh...Bawa duit cash pi Australia penuh bagasi pun polis tak leh siasat..!!!
    HHmmm..tak sangka masih ramai yang rabun disiang hari...Kesian...Pergilah mahkamah boleh tahu..kenapa, pasaiapa,,lagumana..dan kalau mahkamah tentukan nanti terima je lah..apa lak masalah..senang je..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?