Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.
"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.
"Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,"dakwanya.
Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.
banyak bunyi la pulak Lim Guan Eng.dia senang la cakap suruh turunkan harga minyak.entah-entah kalau dia berada di posisi kerajaan pusat belum tentu lagi dia akan turunkan harga.
ReplyDelete"Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya"
cepat ke naik?.hallo!!.naik pun berperingkat la.mana ada naik mendadak macam roket.baca petikan yang saya ambil dari blog ini.
"Atas dasar populis BN, mereka tidak menaikkan harga minyak pada sepanjang 2007, kerana sudah berjanji harga minyak tidak akan dinaikkan. (10 bulan)
Kemudian mereka kena tunggu sehingga mac kerana pilihanraya. (3 bulan)
Kemudian mereka kena tunggu beberapa bulan baru naikkan harga minyak 78sen. (2 bulan)
Maksudnya mereka tunggu 15 bulan baru naikkan harga minyak.
15 bulan itu cepat?"
cakap memang senang la brader.buat tengok baru tau macammana.dia nak minta turun je kerjanya.dah turun pada harga sekarang pun dah kira bersyukur la.
ReplyDelete