Monday, November 17, 2008

Harga minyak turun mungkin umum hari ini?

Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali keempat, harga minyak dijangka diumumkan turun lagi pada hari ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Minggu lepas, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

"Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di Johor Bharu.

Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70.

Trend harga minyak yang menurun itu, kata beliau, akan membolehkan harga minyak di pampam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

TP - turun pat lima kali tapi rakyat dok bayaq subsidi dekat KERAjaan buat apa?

3 comments:

  1. Jadilah orang yang bersyukur. Insya Allah berkat hidup nanti. Walaupun penurunan hanya sedikit tetapi ia adalah lebih baik daripada tak turun langsung...

    ReplyDelete
  2. aku rasa faruok nih mesti org kaya, kalau dak pun sebahagian kroni UMNO h.r.mj.d.h tu...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?