Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik.
Mohd Termizi Ismail, anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, asalnya berhasrat membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat bulanan pagi semalam.
Bagaimanapun, sehingga akhir mesyuarat tengah hari semalam, perkara itu tidak menjadi kenyataan.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Termizi berkata, beliau membatalkan hasratnya itu setelah menimbangkan maklum balas rakan-rakannya yang bimbang usul yang bakal dibawanya dibesar-besarkan sehingga boleh mencetuskan kontroversi.
Lagipun, kata aktivis PAS kawasan Kota Raja itu, cadangannya telah dilaporkan media dengan meluas dan semua pihak telah mengetahuinya.
Semalam, akhbar-akhbar berbahasa Cina mendedahkan cadangannya itu untuk membataskan jualan alkohol di beberapa premis terbuka sehingga mencetuskan kebimbangan bahawa Selangor berniat mengharamkan minuman keras.
Dalam kertas cadangan itu, kini tersebar meluas di kalangan media, Mohd Termizi mencadangkan:
arak dijual di sudut agak tertutup dan papan tanda melarang jualan kepada umat Islam hendaklah dipaparkan dengan jelas,
kaunter jualan hendaklah dikendalikan oleh pekerja bukan Islam. Kaunter khas harus diwujudkan untuk jualan barangan bukan halal.
MPK melarang jualan alkohol di premis-premis berikut: kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit, pasar mini, kedai ubat, restoran terbuka dan kiosk di stesen minyak.
Mengesahkan kertas cadangan yang beredar meluas itu, Mohd Termizi bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana ia boleh jatuh ke tangan media.
TP - Lembik sungguh la mamat ni... apa nak takut kalau isu tu dipolitikkan? hang kan orang politik...
Lembab sungguh... hang takut Allah ka hang takut UMNO/BN?
Siapa Mohd.Termizi lembik ni? awat ada orang lembik macam ni dalam PAS? bengong sungguh... benda yang elok, buat je la... bangong sungguh..!
kau baru tahu, orang-orang PAS PIS PUS nie memang bodoh dan lembab. orang yang sokong PAS PIS PUS ni lagi bodoh. Hidup UMNO!
ReplyDeleteSetengah orang tu memang kuat menyalak aje.., bila dah ada power tak berani nak buat..!!!
ReplyDeleteHaah lah.. aku pun rasa PAS ni mcm melukut di tepi gantang aje dlm kerajaan negeri Selangor yang pro Cina nih asyik dok ikut telunjuk DAP saja...
ReplyDeleteKau tengok budak2 Cina kat opis aku ni.. semenjak PR menang, semua besar kepala berlagak kat org2 melayu..
Kepada pemimpin2 PAS, tolong kotakan janji2 anda semasa pilihanraya dulu, jgn dok asyik takut dan berlembut aje dgn DAP...
atau kami semua akan tendang kamu semua dlm pilihanraya yg akan datang..
tak pasti jika PAS ada buat peraturan sebegini di Kelantan ataupun semasa PAS menduduki Terengganu dulu.
ReplyDeleteSekarang depa baru tau bertapa sukar bila dah pegang kuasa,..
ReplyDeleteUMNO dah terlebih ariff isu ini,.
Sebelum ni depa hya pandai menyalak
Sudahlah kau Anonymous #1! kau bagi anak kau minum arak ke? tak pun kau tu memang kaki minum! Tu sebab kau tu 2X baral! macam kau punyo pemimpin suko minum arak, raba perempuan, main betina, bunuh orang guna bom! kau pun 2X bodoh! bangang tahap maksima, Bahalol, Idiot! bukan kau punya pemimpin je bangang & baral tapi dengan kau sekali bodoh & tolol @ bahalol...tak sekolah punya orang!
ReplyDeletesama laa ngan Topeng Perak...
ReplyDeletesedap mulut jer kata org bodoh laa, bangang laa..
kalau org kata kat ko rase mcm maner?
jgn laa belagak bagus sgt brader
Sebenarnya PAS bukan lembik tapi mencari kaedah yang lebih bagus dari apa yang dah dicadangkan. Apa gunanya buat sesuatu peraturan dan undang-undang tapi tak mendatangkan kesan kepada rakyat. Arak tidak boleh dihapuskan tapi sekurang-kurangnya mesti dicegah penggunaannya.
ReplyDeleteBukahkah menjadi TANGGUNG-JAWAB orang Islam menharamkan arak tu..?? Tak kira PAS, UMNO, PKR, atau yang masih Islam tak kira dimana parti mereka berada..!!!? Menyalaklah secara waras...kalau rasa2nya kaedah member of PAS tu tak sesuai...Usulkan cadangan atau beri kerjasama atas dasar ISLAM...Itu pun kalau masih ISLAM lah...Kalau dah kafir tu tst lah...
ReplyDeleteBaru pegang beberapa negeri dah kelam kabut. Ada hati nak pegang Malaysia konon. Negeri pimpinan diorang pun huru hara. Macam-macam hal. Itulah susahnya Pakatan Rakyat. PAS dengan perjuangannya. Begitu juga dengan PKR dan DAP, masing-masing ada perjuangan sendiri. Bila dah duduk bawah satu pakatan, kelam kabut jadinya...
ReplyDeleteMedia masa (terutamanya akhbar semasa) memainkan peranan untuk memburukan kerajaan PR...Tujuannya adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat kepada masalah yang paling kritikal dihadapi oleh umno dan parti gabungan yg lainnya..
ReplyDeleteHanya sedikit sahaja yang berfikit...
Kata negara Islam. Takkan hal arak pun tak boleh diselesaikan secara baik. Pakatan patut perjuangkan isu-isu sebegini dan bukan sekadar undi. Pakatan patut jadi pengubah suasana dan bukan biarkan suasana mungkar terus diwarisi. Awang.
ReplyDelete