Tuesday, November 25, 2008

Kaedah tentukan harga minyak Isnin depan

Keputusan sama ada kerajaan akan menetapkan harga minimum minyak atau terus merujuk harga bahan api itu dengan harga pasaran semasa dunia hanya akan diputuskan Isnin depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, keputusan yang bakal dibuat semasa mesyuarat Majlis Ekonomi Negara minggu depan itu dikira yang terbaik selepas mengambil kira keuntungan serta kepentingan semua pihak.

''Majlis Ekonomi Negara akan bermesyuarat dan membincangkan konsep yang perlu dibuat dalam keadaan penurunan harga minyak dunia kini.

''Kita akan bincang, sama ada hendak menggunakan kaedah harga lantai (minimum) atau terus mengekalkan keadaan sekarang yang bergantung sepenuhnya kepada harga minyak dunia,'' jelasnya.

4 comments:

  1. Spekulasi turun malam esok tak jadi ke?

    ReplyDelete
  2. Selagi Bik Mama, Jin, Bijan & Pak Hal tak balik Malaysia, rambut putih x blh buat apa-apa.

    yang rambut putih blh buat cuma - meracau..!

    ReplyDelete
  3. Kepentingan sume pihak ke kepentingan kroni peniaga stesen minyak???

    Adui,cukup la nak bodohkan org2 Melayu oi Banshee Jantan Berambut Putih

    ReplyDelete
  4. Sabar...Kita tengok dulu isnin depan, macam mana kaedah yang nak digunakan untuk tentukan harga minyak... Belum apa-apa dah nak emo...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?