Wednesday, November 05, 2008

Kasim Cha Tong mati ditembak di Sungai Golok

Peguam Kasim Chan Tong, yang terkenal sekitar 1980-an kerana tindakannya memerangi gejala cetak rompak, ditembak dari jarak dekat oleh dua penyerang di pekan Sungai Golok, malam kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira 11.50 malam itu, bekas bekas pegawai polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) itu, ditembak menggunakan shotgun di rumahnya.



Kedua-dua penyerang berkenaan mengetuk pintu rumah Kasim dan apabila beliau membuka pintu, penyerang-penyerang berkenaan terus melepaskan tembakan.



Kasim yang ditembak di bahagian dada meninggal dunia di tempat kejadian, kata polis.



Kewarganegaraan kedua-dua penembak berkenaan tidak diketahui.



Mangsa yang turut dikenali sebagai Kasim Rattanawongse, 56, terkenal kerana gerakan membanteras aktiviti cetak rompak di Malaysia sekitar 1980-an.



Usaha beliau membanteras gejala cetak rompak pernah mendapat pujian American Music Copyrights Holders Association.



Ketua Polis Sungai Golok, Lt. Phamong Sall mengesahkan kejadian itu, tetapi hasil siasatan awal akan mengambil masa dua hari untuk diketahui.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?