Saturday, November 29, 2008

Kembalikan Mat Sabu Ke Parlimen - malaysiakini

Sudah suratan takdir bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Razali Ismail pergi jua menemui Allah swt. Beliau yang berusia 59 tahun belum sampai setahun bergelar Menteri setelah berjaya menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf dalam Pilihanraya lalu.

Allahyarham Razali Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Pada pilihanraya Mac lalu, Mohamad Sabu hanya kalah tipis ditangan Allahyarham iaitu dengan 628 undi sahaja. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Walau apa jua yang telah berlaku, maka kehidupan bagi yang masih hidup perlu diteruskan. Rakyat Kuala Terengganu perlu memilih pemimpin dalam tempoh 60 hari akan datang.

Maka pastilah percaturan baru akan diatur pantas selepas ini. Pas Terengganu sememangnya menantikan peluang untuk menambahkan bilangan ahli Parlimennya dan kini peluang itu sudah ada. Tidak perlu gelojoh dalam berpolitik, tetapi jangan pula terlalu slow untuk membuat persiapan.

Ahli-ahli Pas seluruh Malaysia pastinya bersedia untuk kembali beraksi digelanggang pilihanraya kecil. Ini pesta untuk rakyat dan kita akan turun menyokong calon Pas yang akan diumumkan tak lama lagi.

Sebaiknya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dikekalkan sebagai calon dan beliau wajar diberi ruang untuk memanjat tangga parlimen sekali lagi. Rakyat Kuala Terengganu pastinya menyesal kerana meletakkan kepercayaan mereka kepada BN sebelum ini. Maka, inilah peluangnya untuk mereka tebus kekesalan itu.

Tanggungjawab mereka untuk mengembalikan Mohamad Sabu ke Parlimen. Suara lantang dan semangat beliau diperlukan ketika ini bagi mengukuhkan kedudukan Pembangkan di Parlimen. Pastilah parlimen akan lebih gamat lagi seandainya Mohamad Sabu diebrikan peluang itu.

Semoga ada ruang dan peluang diberikan kepada beliau diperingkat parti dan rakyat di Terengganu khususnya.

-Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

1 comment:

  1. Semmeangnya semua penyokong PAS mahukan Mat Sabu di Parlimen. Tapi khabarnya faktor orang luar menyebabkan ianya ditolak oleh pengundi & penyokong PAS di KT. PRK adalah PR vs BN. Kalau faktor luar diambil kira, terpaksalah calun lain bagi PAS dalam PRK ini

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?