Friday, November 07, 2008

Kementerian Dalam Negeri Tidak Akan Pertikai Keputusan Mahkamah Bebaskan Raja Petra

KAJANG, 7 Nov (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri tidak akan mempertikai keputusan mahkamah berhubung pembebasan penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Itu mahkamah punya keputusan, jadi kalau dia dibebaskan, itu hak mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Penjara Kajang, Hulu Langat, di sini hari ini.

Raja Petra, 58, ditahan di bawah ISA pada 12 Sept lepas selepas bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab menyiarkan artikel-artikel tulisannya yang mempersenda dan menghina orang Islam, kesucian Agama Islam serta peribadi Nabi Muhammmad S.A.W yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini.

Raja Petra dibebaskan hari ini atas perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menerima permohonan habeas corpus daripada penulis blog itu.

TP - macam mana la dia ni nak pertikai, skop undang-undang pun depa tak paham, macam mana depa nak masuk mahkamah?

Bodo sungguh..!

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?