Sunday, November 30, 2008

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu milik PAS - malaysiakini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terenggganu.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pimpinan tertinggi PKR dalam mesyuaratnya semalam menetapkan sedia memberi peluang kepada rakannya dalam pakatan pembangkang itu.

"Malam kelmarin, PKR adakan mesyuarat khas. Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mengambil ketetapan kerusi (Parlimen ) ini (Kuala Terengganu) secara tradisinya milik teman kita, PAS, " katanya di Kongres Nasional Tahunan PKR di sini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong kerana penyandangnya sebelum ini iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismailmeninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland kira-kira pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.

Azmin juga berkata, walau apa jua keputusan yang diputuskan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP, mereka akan sentiasa berpegang teguh kepada pendirian itu dan akan turun padang memberikan sokongan pada pilihan raya kecil brekenaan nanti.

Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas,Maimon Yusof, 89, (685 undi).

Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan tentangan hebat bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu menjadi milik mereka.

"Dulu, Mat Sabu pun kalah dengan majoriti kecil, itu pun sebab ada seorang makcik (Maimon) yang kacau.

"Tapi tak apa, makcik itu pada malam ini sudah setuju akan sokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil itu nanti...tapi makcik mana saya tak tahu," katanya.

Dalam pada itu, Azmin juga berkata, Pakatan Rakyat bersedia menghadapi BN jika pilihan raya kecil juga berlaku di Pensiangan, sabah.

"Insya Allah, kalau BN kalah, sekali lagi kita akan turun berkampung di Pensiangan untuk rampas satu lagi kerusi bagi Pakatan Rakyat," katanya.

3 comments:

  1. untuk di Kuala Terengganu nanti peluang 50-50 untuk PR dan juga BN.boleh jadi BN yang menang atau PR yang menang.tak tentu.tapi kelebihan kepada BN sekiranya penduduk Kuala Terengganu berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh BN kepada mereka setakat ini.

    ReplyDelete
  2. belum tentu lagi K.T akan jadi milik PAS.dan belum tentu lagi juga akan jadi milik BN/UMNO.kedua-dua parti politik ini sedang dilanda masalah.itu dikira biasa bagi mana-mana parti politik.

    cuma parti manakah yang akan dapat menyakinkan orang-orang K.T untuk mengundi mereka.

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu, dipermatan pauh PAS sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memastikan kemenangan Datuk Seri Anuar, kini giliran PKR berkorban untuk pas...

    Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Tapi kemenangan adalah lambang kewibawaan parti dan calon.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?