Monday, November 17, 2008

Kukuhkan politik Melayu?

Politik Melayu perlu diperkukuh dan diperkasakan melalui penyatuan kaumnya yang ramai bagi mengelak daripada terus dicemuh dan dipersenda oleh pihak lain yang hendak mengambil kesempatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebelakangan ini, terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan terhadap orang Melayu seolah-olah mereka telah hilang punca dan maruah.

“Fakta dan sejarah seolah-olah menjadi alat mainan politik lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina.

“Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tidak kisah lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing,” katanya.

TP - dah lebih 50 tahun baru nak perkukuh? melayu dah layu dahhh...

1 comment:

  1. Bangsa lain mengambil kesempatan keatas Melayu kerana Melayu itu sendiri yang membiarkan diri mereka di'ceroboh' dan dihina bangsa lain. Ini tidak akan terjadi jika Melayu kukuh dan kuat dalam mempertahankan kedaulatan. Ini juga tidak akan terjadi jika Melayu mudah hanyut dengan arus noda seperti politik wang atau rasuah dan sebagainya... Ini semua tidak akan berlaku jika Melayu bijak menggunakan akal yang dikurniakan Allah Yang Maha Kuasa...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?