Saturday, November 29, 2008

Kuota subsidi diesel nelayan pukat tunda ditambah

Kerajaan bersetuju untuk menambah kuota subsidi diesel kepada nelayan pukat tunda berkuat kuasa 1 Disember ini.

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, dengan penambahan kuota itu, bot pukat tunda bagi zon B akan mendapat bekalan diesel subsidi maksimum kepada 24,000 liter sebulan.

Bagi zon C pula, ujarnya, mendapat maksimum 28,000 liter manakala zon C2 ialah 32,000 liter sebulan.

''Penambahan kuota ini akan membolehkan nelayan menambah kekerapan menangkap ikan di laut daripada dua trip kepada tiga trip sebulan,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu diambil berikutan permohonan beberapa pertubuhan nelayan dan pengusaha kapal perikanan memohon agar kuota diesel pukat tunda dikekalkan sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?