Friday, November 28, 2008

Lawat Banduan Dan Tahanan Sempena Hari Raya Haji Bermula 8 Dis

Kaum keluarga banduan dan tahanan boleh melawat mereka sempena Hari Raya Haji bermula 8 Dis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Penjara hari ini, tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Taiping boleh dilawati pada hari raya pertama iaitu hari Isnin (8 Dis) manakala institusi penjara lain termasuk Pusat Pemulihan Akhlak dan Sekolah Henry Gurney hanya dibuka untuk dilawati pada 9 dan 10 Dis iaitu pada hari Selasa dan Rabu.

Keutamaan diberi kepada keluarga penghuni beragama Islam, kata kenyataan itu. Waktu melawat adalah mulai pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

Pelawat diminta membawa kad lawatan dan kad pengenalan serta tidak digalak membawa makanan dan minuman untuk penghuni atau memberi wang tunai kepada mereka.

1 comment:

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?