Thursday, November 20, 2008

Lembaga Disiplin Umno mula kumpul bukti

Lembaga Disiplin Umno mula menyiasat aduan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan calon yang bertanding jawatan timbalan presiden dan naib presiden pada pemilihan parti, Mac depan.

Calon terbabit dikatakan sudah dikenal pasti dan lembaga itu kini sedang mengumpul maklumat serta bukti berkaitan aduan berkenaan.

Sebelum ini, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu siasatan kes berkaitan kesalahan politik wang dipercepatkan supaya calon jawatan tertinggi yang terbabit, tidak boleh bertanding pada Mac depan - Berita Hairan Online

TP - ai... siasat calon untuk 2 jawatan tu je? untuk jawatan lain macam mana pulak Pak Lah? adakah calon-calon untuk jawatan selain 2 jawatan diatas tu bebas untuk terlibat dengan politik wang?

Adakah Pak Lah dah ada calon sendiri untuk 2 jawatan tersebut?

Adakah "calon terbabit dikatakan sudah dikenal pasti" tu bukan calon pilihan Pak Lah?

Sepatutnya Pak Lah keluarkan arahan supaya disiasat "SEMUA CALON" yang dinamakan sebagai calon oleh pencalon-pencalon, bukannya siasat calon untuk 2 jawatan tu je...

Bersihkah UMNO dari politik wang?

Hanya ahli UMNO yang tau...

"Kumpul Bukti" atau "Reka Bukti"..? tak mungkin reka...

3 comments:

  1. Satu-satu kes la beb. Laratlah BPR nak siasat semua calon yang terlibat. Ramai tu. Buat pening kepala BPR je nak siasat semua dalam satu masa. Biarlah BPR mulakan dengan jawatan tinggi dulu. Lepas tu barulah jawatan lain... Sabar no...

    ReplyDelete
  2. Satu-satu kes la beb. Laratlah Lembaga Disiplin nak siasat semua calon yang terlibat. Ramai tu. Buat pening kepala Lembaga Disiplin je nak siasat semua dalam satu masa. Biarlah Lembaga Disiplin mulakan dengan jawatan tinggi dulu. Lepas tu barulah jawatan lain... Sabar no...

    (tadi silap)

    ReplyDelete
  3. Jangan terkejut berok, itu hanya gimik saja. Semua orang dah tahu bahawa ahli UMNO dari peringkat bawah hingga peringkat tinggi dan dari peringkat tinggi hingga keperingkat bawah semua nya mengamalkan rasuah dan ada sebahagian daripadanya jadi pengkhianat dalam parti.

    Cerita lawak akan berlaku lagi iaitu selepas siasatan dijalankan, tiada sesiapa yang bersalah dan tiada tangkapan dibuat. Umno akan kekal bersih dari rasuah.

    Topeng Perak, sebenarnya aku sayang pada parti UMNO ni, tapi apa nak buat.. didalam nya penuh dengan hantu, kalau tunggu lagi aku akan terlibat sama jadi hantu...aku terpaksa dblahhh..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?