Monday, November 03, 2008

Naib presiden Gerakan ditemui mati

Naib Presiden Gerakan Dr S Vijayaratnam ditemui mati di luar kliniknya di Seremban pagi ini. Beliau berusia 58 tahun.



Difahamkan, mendiang jatuh dari bumbung bangunan tiga tingkat, yang dikenali sebagai 'Vijay Mahal' di Jalan Tengku Hassan - tempat terletak kliniknya - pada kira-kira jam 11.30 pagi.


Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua orang anak lelaki.



Menurut laporan, pihak polis sedang menyiasat kejadian tersebut.



Difahamkan para pemimpin Gerakan kini berada di Hospital Seremban tempat mayatnya dibawa.



Vijayaratnam - seorang doktor di Seremban - merupakan pemimpin bukan Cina tertinggi dalam parti Gerakan.



Beliau dilantik sebagai senator pada 2002 dan berkhidmat selama satu penggal sebagai setiausaha parlimen Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komiditi.



Dalam pemilihan parti bulan lalu, beliau berjaya mengekalkan jawatan naib presiden bagi penggal kedua.



Menurut pemerhati, Vijayaratnam mampu mengekalkan jawatannya kerana beliau dilihat sebagai 'orang presiden'.



-malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?