Tuesday, November 25, 2008

Pelacuran Masih Gagal Dihapuskan

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung berkata meskipun polis dan pihak berkuasa berterusan mengadakan operasi bagi menangani masalah pelacuran, kegiatan tidak bermoral itu sukar dihapuskan.

"Polis dan pihak penguatkuasaan tak henti-henti mengadakan operasi iaitu berjumlah 8,893 operasi dan serbuan sejak tahun 2003 hingga kini.

"Sebab kita tahu Malaysia sebuah negara yang mewah dan progresif di mana begitu ramai pelancong asing sentiasa mengunjungi negara ini, maka masalah ini (pelacuran) bukan begitu senang dihapuskan," katanya menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chor berkata kerajaan mungkin mengkaji semula dan mengemaskini akta sedia ada termasuk mengadakan peruntukan tambahan dalam Kanun Keseksaan untuk mengangani masalah pelacuran.

5 comments:

  1. Bagi saya, hanya penguatkuasaan yang ketat dan ketegasan yang 'menggerunkan' sahaja yang boleh membanteras gejala pelacuran. Jika penguatkuasaan seperti sekarang, saya percaya ia takkan dapat dihapuskan sepenuhnya...

    ReplyDelete
  2. disamping penguatkuasaan yang kenalah dilalukan dengan lebih tegas,permintaan juga harus dilenyapkan sama sekali.pelacuran wujud bila ada permintaan.jika tiada permintaan sudah semestinya pelacuran dapat dileyapkan.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya bukan penguatkuasaan yang ketat saja tapi permintaan yang semakin meningkat. Jualan atas permintaan selalunya menguntungkan. Itulah sebabnya ia sukar dihapuskan. Apa kata, tumpukan kepada macam mana nak kurangkan permintaan yang tinggi dari lelaki-lelaki 'gersang' yang dahagakan 'kasih sayang haram' ni...

    ReplyDelete
  4. wlau sekeras mana diusaha, profesion paling tua di dunia ini terlalu sukar dihapuskan.

    Sbb tu ada ng spr singapore menghalalkan pelacuran,..

    sekurang2nya dapal hasil dan boleh mengawal AIDS

    ReplyDelete
  5. Yang haram tetap haram...apa pun nak kena tanya Najib la dulu....nak ayam kg ke atau ayam pekan..atau ayam import punya...untuk buat kenduri...haaa..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?