Ketua Hakim Syarie Datuk Ibrahim Lembut berkata, usaha menyatukan bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah adalah penting bagi mengharmonikan kedua-duanya yang ketika ini berlaku pertikaian dan pertindihan kes.
Kata Ibrahim, jika usaha tersebut menjadi kenyataan, golongan bukan Islam tidak perlu bimbang tentang hak mereka.
"Ini kerana penyatuan tersebut bukan untuk mendiskriminasi mana-mana pihak sebaliknya membela kepentingan semua dengan seadil-adilnya," jelas beliau.
Ditanya bila perkara tersebut akan diwartakan sebagai undang-undang, Ibrahim berkata:
"Perkara tersebut masih jauh lagi. Namun usaha ke arahnya sedang dijalankan."
Mana yang baik dan elok, kita sokong. Mana yang tak elok, kita tentang. Jika penyatuan ini membawa kepada kebaikan, baguslah. Jangan nanti jadi kelam kabut dah la...
ReplyDelete