Monday, November 10, 2008

Polis Malaysia Lagi - malaysiakini

Seorang penyelenggara setor yang bakal mengakhiri zaman bujangnya dua minggu lagi maut manakala empat rakannya parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan empat motosikal di Jalan Loke Yew menghala ke Cheras di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, sebuah kereta Proton Saga yang dipandu oleh seorang anggota polis berpangkat lans koperal tiba-tiba memasuki lorong bertentangan lalu merempuh empat motosikal.

Beberapa saksi yang melihat kemalangan itu mendakwa Proton Saga yang dipandu di Jalan Loke Yew menghala ke pusat bandar itu tiba-tiba membuat pusingan 'U' di tempat yang tidak dibenarkan.

Pemandu kenderaan itu juga dikatakan melarikan diri sebaik sahaja menyedari mangsa iaitu pembonceng salah sebuah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis? apa nak hairan? polis sekarang bertanggungjawab ke? bersih ke polis sekarang dari jenayah? banyak ke yang dapat kita contohi daripada polis?

Setakat ni aku rasa 2% je yang dapat kita contohi... bab mana tu?

Bab "Uniform" je... kemas... tu je la...

Bukan tak pernah dengar polis menge"pow" pemandu... bukan tak pernah dengan polis menge"pow" PATI... bukan tak perbah dengar polis merogol dalam balai... bukan tak pernah dengar polis mengedar dadah... bukan tak pernah dengar polis skandal dengan bini orang... macam-macam dah kita dengar tentang "polis"...

Banyak sangat "kes terpencil"... mungkin sikit bilangannya, tapi "polis"... polis tu apa? polis kan "penguatkuasa undang-undang"... kalau dah penguasa sendiri banyak masalah... rakyat nak harap apa???

Boleh ke kita nak contohi institusi ni?

4 comments:

  1. Pemandu buat 'drift' kena belasah...Itulah tajuk kat bharian.con.my..Langsong tah ceritakan ttg polih tu masuk lorong bertentangan...Bahkan diceritakan penunggan motor tu terlanggar kereta berhenti..!!!!Pandai sungguh depa goreng cerita..!!!!

    ReplyDelete
  2. Tuan dah silap, bukan 2% kita dapat contohi Polis tapi -2%. Dulu KERAjaan kata naik gaji akan mengelakkan POLIS makan rasuah, tapi sekarang setelah POLIS jadi anggota kerajaan paling mewah dengan skim gaji paling tinggi pun mereka masih timbulkan bermacam masalah. Untung sungguh jadi POLIS ..BERAJA di mata BERSULTAN dihati.

    ReplyDelete
  3. Beb, kita kena ingat polis pun manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa. Macam kita ni juga, yang berlainan latar belakang. Memang tak dinafikan ada segelintir polis atau tentera yang berperangai teruk dan jahat mengalahkan penjenayah tapi ingat, bukan semua, hanya segelintir. Jangan hanya segelintir yang punya angkara, habis satu pasukan polis Malaysia dipalitkan dengan kesalahan yang dilakukan oleh segelintir tu... Macam diri tu perfect sangat...

    ReplyDelete
  4. Kita kena ingat polis tu penguasa undang2. Kalau ada org seperti ini dalam institusi polis cadang aku singkir aje.jgn ader lagi dlm pasukan polis.kena ingat polis mesti perfect.....mcm budak sekolah bole kena buang takkan polis kite takleh buat cenggitu...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?