Thursday, November 20, 2008

Polis tak lemah semangat kritikan pembangkang

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, polis tidak pernah lemah semangat apabila berdepan kritikan yang memperlekehkan kredibiliti pasukan itu oleh pelbagai pihak termasuk parti pembangkang.

Menurutnya, tindakan pihak terbabit tidak sedikit pun melenturkan semangat anggota pasukannya, malah mendorong mereka untuk lebih bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab untuk menjamin keselamatan awam dan ketenteraman negara.

Kata beliau, pasukan polis juga tidak pernah berkecil hati dengan kritikan-kritikan dan kenyataan memperlekehkan pasukan polis sebaliknya pegawai dan anggota-anggota meneruskan tugas harian seperti biasa.

Katanya, tidak sepatutnya ada pihak yang cuba mempolitikkan isu kredibiliti pasukan polis sedangkan pihaknya sentiasa bertungkus-lumus setiap masa menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.

"Adakah adil untuk mereka mengkritik sehingga seolah-olah polis mengabai tugas mereka? Pegawai dan anggota saya bertugas siang malam, malangnya pengorbanan mereka tidak dihargai sebaliknya dikutuk.

"Ahli-ahli politik sentiasa mempunyai pandangan mereka tersendiri, kalau mereka rasa polis tiada kredibiliti, kita pun tidak boleh buat apa-apa. Yang penting, kita laksanakan tugas kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Musa diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam Utusan Malaysia hari ini yang meminta semua pihak terutama parti pembangkang supaya jangan memperlekeh kredibiliti pasukan keselamatan.

Syed Hamid turut menyelar tindakan wakil rakyat parti-parti terbabit yang cuba meraih populariti dengan cara mengutuk anggota polis serta menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak munasabah.

Menurut beliau, kejayaan pihak polis tidak pernah dipuji pembangkang namun hanya kutukan demi kutukan dilemparkan.

TP - dah namanya "pembangkang"... bangkang je la kerjanya... walaumacam manapun, sikap terbuka PDRM dalam menerima kritikan amatlah dipuji.

Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat dan juga sesuatu yang membina.

2 comments:

  1. Syabas polis kerana menerima kritikan seadanya. Sebenarnya kritikan itulah yang memberi semangat untuk kita berusaha lebih gigih lagi. Mana-mana kritikan yang membina, kita ambil teladan darinya dan terus berusaha. Mana-mana kritik yang langsung tak membina, yang bertujuan semata-mata nak menjatuhkan imej polis, abaikan je. Pembangkang memang macam tu dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis nak membangkang...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?