Wednesday, November 05, 2008

Polis Terpaksa Guna Kekerasan Jika Keselamatan Tergugat - KPN

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Tindakan penjenayah yang semakin berani dan bertindak ganas menyebabkan polis terpaksa menggunakan kekuatan dan kekerasan sewajarnya untuk mempertahankan keselamatan mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

"Polis hanya mahu menjalankan tugas, jadi kekerasan terpaksa digunakan sekiranya keselamatan anggota kita digugat dan kalau kita tidak balas tembakan, kita yang akan mati," katanya kepada pemberita di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia selepas melawat anggota polis Cif Insp Ng Wai Leong dari Unit Jenayah Berat Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang cedera ditembak penjenayah dalam kejadian awal pagi tadi.

Seorang penjenayah wanita dipercayai ketua kumpulan mencuri kereta serta teman lelakinya ditembak mati dalam kejadian pukul 3 pagi di sebuah unit kondominium di Sungai Long, Kajang.

Musa berkata kebanyakan penjenayah yang bertindak berani sebegini selalunya berada di bawah pengaruh dadah.

"Bagi setiap kes yang melepaskan tembakan kepada polis, kita dapati mereka dibawah pengaruh dadah termasuk dalam kes ini, kita dapat maklumat bahawa mereka juga terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya.

Beliau berkata Ng telah selamat menjalani pembedahan di mana besi diletakkan pada tulang betis kiri pegawai tersebut yang terkeluar dan pecah manakala betis kanannya turut cedera akibat terkena dua das tembakan yang dilepaskan kedua-dua penjenayah tersebut.

"Saya mengucapkan syabas buat Kontinjen polis dan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan maklumat hingga polis berjaya mematahkan sindiket tersebut," katanya.

2 comments:

  1. Bagi saya tindakan polis yang terpaksa menggunakan kekerasan seperti membalas tembakan dengan penjenayah adalah wajar dan perlu. Disamping dapat menyelamatkan diri sendiri, nyawa orang awam juga dapat diselamatkan... Apabila penjenayah menggunakan kekerasan, takkan anggota polis masih lagi nak berlembut?...

    ReplyDelete
  2. Ye ke..???
    Siasatan kes pompuan yang dok 'mengangkang' sampai mati pun tal sattle..??? Siasatan ket bom pompuan monggolia pun tak nampak jalan..???Betoi ke..??Atau gertak je..??
    Moga benar, cepat, bersih. amanah, mesra dan macam2 lagi...tepat dll menjadi amalan pihak berkuasa...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?