KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Polis menolak permohonan Pemuda Pas bagi mendapatkan permit untuk mengadakan ceramah umum di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dekat sini Ahad ini kerana ia diadakan di tempat terbuka.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan berkata ceramah terbuka "Mansuhkan ISA" itu boleh mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.
Katanya permohonan bagi mengadakan ceramah umum itu dibuat oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pandan Nik Mohd Rasyid Nik Mohd Yusoff pada 17 Nov lepas.
"Kita telah berjumpa dan berbincang dengan penganjur pada pukul 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan telah menasihatkan mereka supaya ceramah tersebut diadakan di dewan-dewan tertutup MPAJ yang ada.
"Setelah kita kaji dan teliti permohonan tersebut dan juga aduan-aduan yang kita terima daripada orang ramai berhubung ceramah yang akan diadakan itu, kita mengambil keputusan untuk tidak meluluskan permohonan permit itu," katanya.
Abd Jalil turut menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri ceramah di padang tersebut kerana tiada permit dikeluarkan dan akan menyalahi undang-undang.
"Jika ceramah tersebut akan terus diadakan di kawasan itu dan orang ramai terlibat dalam ceramah itu, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka," katanya.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?