KOTA BAHARU, 13 Nov (Bernama) -- Tindakan kasar Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya semalam membuktikan sikap sebenar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan ini akan dinilai rakyat negeri itu, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Tunjuklah kepimpinan contoh yang mereka laungkan sebelum ini. Sebelum ini amat mudah tuduh kita apabila mereka tidak menjadi kerajaan tetapi bila perintah negeri, lain pula jadinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di sini hari ini.
Mohammad Nizar dilaporkan bertindak sedemikian selepas jurugambar, Mohd Najib Mohd Nor, 28, merakamkan gambarnya menerima surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.
Mohammad Nizar juga dilaporkan telah mengherdik Mohd Najib dan memanggil jurugambar itu dengan panggilan "woi" bagi meminta diserahkan kad memori kameranya.
Hishammuddin berkata sikap sedemikian tidak akan diterima rakyat dan Pakatan Rakyat akan ditolak pada pilihan raya umum akan datang.
Topeng Perak,
ReplyDeleteIni adalah pertama kali dengar berita tindakan kasar seorang menteri terhadap jurufoto. Pelik tapi telah berlaku. Tak mungkin seorang menteri seperti Datok Seri Mohammad NIzar boleh bersikap bergitu tanpa sebab tertentu.
Apakah pandangan anda tentang kes ini, adakah jurugambar utusan itu telah bersikap kurang ajar, atau mungkin MB sendiri tak suka utusan keluarkan berita tentang dirinya..?
klau aku mmg tadak satu layanan yang boleh dgn pemutar fakta...nak baik buat apa...?
ReplyDeleteaku klau tv harga sekupang dua...dh lama aku hempuk buat smack down...bengong betol...
knp isu baling bangku dgn mahadey kata bukan melayu boleh jd PM x riuh mcm media hentam PR?
khhhhhaaaaaakkkkkkkk.....ptttuuuuiiiiiihhhhhhhh!!!!!!!!!!!!
Inilah kepimpinan yang diajar dalam Pakatan Rakyat... Bila tak nak malu, sanggup bertindak kasar dengan jurugambar supaya gambar yang dirakam tidak tersebar... Kita kena ingat, jurugambar hanya manusia biasa, nak cari makan, dah kerja dia macam tu...
ReplyDeleteutusan melayau punya citer pon korang leh pecaya....hai entahlah.
ReplyDeleteHabis berita rtBN dengan tv3/4 tu pon korang cayer gakk...
Dunia dah maju beb..zaman dah berubah..dulu boleh la nak klentong...
woiiii MB pahang dulu halau terang2 media dlm dewan dun `GO TO HELL ' `PERGI JAHANAM' korang nak kira camna??
ReplyDelete