KL: Datuk Seri Ong Ka Chuan sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Ong Tee Keat.
Menurut sumber, Datuk Ong menyerahkan 'surat peletakan jawatan tanpa tarikh' itu ekoran kekalahannya dalam pemilihan parti pada 18 Oktober lalu. Datuk Ong tewas kepada mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden. / Bernama
'Drama' rebut paip air
AMPANG JAYA: Gara-gara berebut paip air, dua jiran wanita bertegang leher sebelum mencetuskan pergaduhan apabila salah seorang secara tiba-tiba 'naik minyak' dan menumbuk muka jirannya. 'Drama' itu dikatakan bertambah buruk apabila anak remaja lelaki seorang daripada wanita terbabit masuk campur dan menumbuk muka jirannya itu.
Difahamkan, dendam di antara kedua-dua wanita itu sudah wujud berbulan-bulan membabitkan perebutan paip air rumah di kawasan setinggan di Ulu Kelang, di sini. / Metro
Cari persefahaman
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi, memberi jaminan akan mencari jalan penyelesaian bagi mewujudkan persefahaman antara sistem perundangan Sivil dengan Syariah supaya tidak timbul konflik pada masa depan.
Menurutnya, satu bentuk persefahaman antara kedua-dua undang-undang berkenaan perlu bagi menangani lebih banyak isu perundangan membabitkan umat Islam dan bukan Islam yang dikemukakan dalam mahkamah. / Metro
Diskaun tol dikritik
IPOH: Orang ramai menyifatkan tawaran diskaun tol 10 peratus kepada pengguna kenderaan ringan yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan antara 12 tengah malam hingga 7 pagi mulai 1 Januari tahun depan sebagai tidak praktikal.
Seorang pekerja swasta, Sharifah Mazwin Syed Mohd. Salehhuddin, 31 tahun, berkata langkah itu bakal mengundang lebih banyak kemalangan jalan raya. Ini kerana memandu selepas tengah malam adalah berbahaya kerana kebiasaannya orang akan berasa mengantuk. / Utusan
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?