Monday, November 17, 2008

"Saya minta 100 orang tanding jawatan Presiden"

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini berkata, beliau bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang berhasrat mencabarnya bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan jawatan presiden parti Mac depan.

Beliau berkata, MIC sentiasa mengamalkan demokrasi dan mana-mana pihak atau pemimpin boleh bertanding apa juga jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

"Sesiapa pun boleh bertanding. Saya minta 100 orang bertanding jawatan Presiden," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar penjenamaan semula MIC di sini.

TP - pergh... macam "baca" filem hindustan daaa...

2 comments:

  1. Diceritakan oleh orang yang berketurunan India yang tidak mahu dikenali mengatakan bahawa Datuk Seri S. Samy Vellu berjaya berdiri sebagai orang politik hingga kehari ini adalah kerana kekuatan rasuahnya.

    Sesiapa saja yang ingin mencabar kedudukannya, dia akan hantar orangnya untuk menawarkan sejumlah ringgit malaysia. Bila urusniaga selesai Datuk akan cakap besar dengan mengatakan dia tidak takut dan bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja yang berhasrat mencabarnya bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.

    Oleh kerana itu MIC ni pun lebih kurang sama dengan UMNO.

    "CAKAP TAK SERUPA BIKIN'

    ReplyDelete
  2. Macam Sivaji the Boss lah... kah...kah...kah...!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?