Seperti yang dijangkakan, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan untuk merebut jawatan nombor satu pergerakan itu biarpun bakal berdepan penyandang Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz pada pemilihan parti Mac depan.
Pengumuman Shahrizat hari ini ditunggutunggu pemerhati politik terutama sekali apabila calon Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim, yang merupakan anggota Exco Wanita pusat awal-awal lagi menegaskan untuk bertanding tanpa mengikuti pelan peralihan pada Jun tahun depan.
Dalam kenyataan dua perenggan hari ini, Shahrizat turut menegaskan bahawa Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan.
Kenyataan Shahrizat membawa maksud beliau bersedia untuk 'bertarung' biar apa pun cabaran yang dihadapi.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman menganggap tindakan Shahrizat hari ini adalah menyahut seruan akar umbi yang mahukan perubahan dalam kepimpinan pergerakan itu.
"Shahrizat kena kuat dan berani bertanding dengan harapan menang. Saya percaya dalam diam, ada juga bahagian yang menerima Shahrizat dengan mempersoalkan tempoh peralihan tiga bulan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata tidak timbul nanti persoalan tentang perpecahan dalam pergerakan itu.
"Perpecahan tidak akan berlaku tetapi semua itu bergantung juga kepada budi bicara Rafidah dan jika beliau (Rafidah) tetap bertanding, risikonya (perpecahan) tetap ada," katanya.
Beliau berpendapat jalan terbaik bagi mengekalkan perpaduan dalam pergerakan itu ialah Rafidah mengundurkan diri secara sukarela.
Rafidah yang dihubungi Bernama melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk mendapatkan komen mengenai keputusan Shahrizat, menjawab melalui SMS bahawa beliau akan membuat kenyataan esok.
Jika Rafidah seorang yang profesional, beliau akan menyahut cabaran Shahrizat sebagai suatu cabaran yang positif. Ini adalah kerana tindakan Shahrizat untuk bertanding menentang Rafidah adalah atas kemahuan akar umbi. Untuk memudahkan kerja lagi, elok juga jika Rafidah lepaskan jawatan itu sebagai menghormati akar umbi. Jangan tarik-tarik rambut dah la...
ReplyDeleteApa hal nak undur diri !!...biar seluk pekasam hingga ke pangkal ketiak!
ReplyDeleteJangan sesekali berharap untuk mengundur diri...memang dasar UM=NO pantang menyerah sebelum ajal!
Biarlah bertarik rambut sekali pun namun mengundur diri sama seperti memakan muntah kahak sendiri. PANTANG DICABAR (sambil menghunus keris berkarat)