Kerajaan Singapura mengumumkan gaji Presiden, Perdana Menteri dan pegawai kanan kerajaan akan dipotong antara 11 dan 19 peratus tahun depan ekoran kelembapan ekonomi negara itu.
Menurut kenyataan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam Singapura, pemotongan gaji itu wajar kerana hampir 25 peratus daripada komponen gaji tahunan mereka adalah berkitan dengan pertumbuhan ekonomi negara bandar raya itu.
Mereka lain yang akan terlibat dalam pemotongan gaji termasuklah menteri dan Anggota Parlimen, kata kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu menyebut pemotongan 19 peratus gaji tahunan Presiden akan menjadikannya turun kepada $3.14 juta dan Perdana Menteri kepada 3.04 juta tahun depan.
Gaji tahunan para menteri akan berkurangan sebanyak 18 peratus kepada $1.57 juta dan gaji beberapa peringkat pegawai kanan kerajaan akan berkurangan sebanyak 12 peratus kepada antara $353,000.
Elaun bagi Anggota Parlimen akan berkurangan sebanyak 16 peratus kepada $190,000, menurut jabatan yang terletak di bawah Pejabat Perdana Menteri itu.
Jabatan Perkhidmatan Awam itu berkata kerajaan akan menangguhkan fasa ketiga penyelarasan gaji bagi kakitangan pentadbiran, pelantikan pemegang jawatan politik, kehakiman dan badan berkanun yang sepatutnya dilaksanakan pada Januari.
Penyelarasan gaji pada Januari adalah yang ketiga bagi tiga semakan gaji selepas yang pertama dan kedua dilaksanakan pada April tahun lepas dan Januari lepas.
Kakitangan awam bagaimanapun akan tetap menerima pembayaran gaji bulan ke-13 atau gaji tahunan tambahan sebulan, menurut jabatan itu.
Pada tahun lepas, Singapura memperkenalkan satu mekanisme yang membenarkan gaji kakitangan awam berubah berdasarkan prestasi ekonomi negara itu.
TP - itu yang Singapura lakukan dalam menangani kegawatan ekonomi negara mereka. singapura bertindak memotong gaji "orang atasan" tanpa mengusik pendapatan "rakyat bawahan" sebaliknya malaysia mengambil pendekatan yang lebih "unik".
Kekalkan gaji para menteri ( ada jugak depa buat "potongan" sebanyak 10% tapi - "ELAUN"..! bukan "GAJI") , kemudian buat kempen besar-besaran kepada rakyat supaya "berbelanja dengan berhemah"... ( padahal rakyat dah memang sedia dok ikat perut, ada jugak yang asyik miss soru sebab angka gaji tak berubah tapi kos sara hidup makin tinggi )...
Yang paling best ialah tak kena gaya, kakitangan kerajaan akaan melopong tanpa bonus tahunan sedangkan para "orang atasan" bergembira dengan bermacam-macam "elaun dan jugak tuntutan-tuntutan" yang boleh diterima...
Malaysia... oh Malaysia...
TP,..
ReplyDeletejagn dok bangga sgt woii,.
Gaji PM singapore tertinggi di dunia,.. klah gaji PM Britain & Presiden AS
LLaaaa...awat la bengong sangat..??? Cuba lihat pendapatan perkapita S'pore tu berapa..?? Prinsip dan konsep yang dilaksanakan tu yang menjadi teladan yang baik untuk dicontohi...Janganlah menulis untuk memperlihatkan ke'stupid'an kamu...Tak salah pun kalau pemimpin Malaysia contohi...Apa yang kamu rugi kalau prinsip tu diteladani..???...eshhh...ish...
ReplyDeleteAnon - jadi kena naikkan gaji menteri kita biar jadik tertinggi didunia baru blh amik pendekatan macam tu?
ReplyDeletepatutlah malaysia makin jahanam... sebab ada rakyat yang pemikirannya macam anon...
bah***
malang m'sia ade rakyat cam anonymous,pape usaha yg membela rakyat sume dtolak..kalo takot jgn dok komen la..xde telor ke?show urself!
ReplyDeletexkira laa gaji menteri singapore tinggi ke apa, yg pastinya pmimpin2 harta dunia dalm umno mesti ditolak..dah la gaji byk pastu rasuah lak...
ReplyDelete