Peniaga, Mohd. Khalid Ishak, 35, berkata, sekiranya umat Islam mengamalkan yoga yang melibatkan unsur-unsur mantera, maka ia boleh mengakibatkan seseorang itu terpesong akidah.
''Yoga sebenarnya adalah untuk menjaga kesihatan dan itulah yang membuatkan ramai orang mengikuti senaman ini,'' katanya.
Pemandu lori, Mohd. Riduan Illias, 38, pula berkata, mantera digunakan oleh semua agama, namun mestilah mengetahui tujuan menggunakan mantera itu.
''Jika yoga untuk senaman tidak mengapa, iaitu tidak disertakan dengan mantera. Malah kebanyakan yoga hanya dilakukan oleh kaum wanita,'' katanya.
Tambah beliau, wanita yang selalu menggunakan senaman yoga ini adalah untuk menjaga kesihatan.
Pembantu jualan, Maizatul Noranirah Mohd. Nordin, 19, berkata, yoga merupakan senaman yang bagus untuk kesihatan, namun dengan memasukkan unsur-unsur mantera ia boleh memesongkan agama seseorang Islam itu.
''Mengapa mesti memasukkan unsur-unsur mantera di dalam yoga jika sudah mengetahui bahawa mantera itu adalah amalan yang syirik,'' katanya.
Beliau berkata, mereka yang mengamalkan yoga beserta mantera bagaimanapun perlu segera menghentikan perbuatan tersebut.
Seorang kakitangan swasta, Lailinazirah Abdul Rahman, 26, berkata, yoga adalah satu senaman yang sihat dan sangat bagus dilakukan setiap hari.
''Yoga akan membantu menenangkan fikiran seseorang itu jika dia melakukannya dengan betul dan tidak menggunakan mantera,'' katanya.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?