Semua kenderaan ringan yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Elite, akan menikmati potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.
Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua tahun - dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.
Bagi musim perayaan Hari Raya, Tahun Baru Cina Deepavali dan Krismas, PLUS menawarkan 10 peratus lagi selama enam hari.
Manakala bagi penggunaan tol melebihi RM200 sebulan, pengguna boleh mendaftar dengan program setia PLUS - untuk mendapatkan diskaun 5 peratus mulai 1 Januari depan.
-malaysiakini
Ertinya tawaran tersebut hanyalah untuk golongan yang "berkemampuan sahaja"... cuba kita lihat siapakah pengguna-pengguna Touch N' Go dan juga Smart Tag...
Orang-orang yang mampu je pakai menda-menda tu... kita-kita ni yang jarang-jarang masuk lebuhraya (kebanyakannya lebih "mampu" menggunakan "lebuhraya tanpa TOL@jalan alternatife yang berlubang-lubang). kalau masuk lebuhraya pun sekali-sekala waktu musim perayaan...
Pernah dapatkan Smart Tag atau Touch N' Go untuk penggunaan "sekali-sekala"?
Kalau tak pernah, tak payah mimpi la nak dapatkan "discount"... aku ingat depa nak turunkan takrif TOL... rupanya depa nak meniaga... mana yang nak turunnya?
Lagi pulak... potongan diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi. discount tu untuk sape? hantu? kelawar? kutu malam kaki disco? mat karaoke? berapa kerat yang guna lebuhraya waktu tu?
Last skali semua kena belit... nak discount? dapatkan kad Touch N' Go ataupun Smart Tag... kene kaluar modal la dulu... untung berapa? kita tak untung beb... konsesi jugak yang untung...
Rakyat kena tipu lagi...
Apa lagi yang saudara nak? Semua yang kerajaan buat, semua kena bedal. Tak pernah nak sokong... Betul punya hati pembangkang saudara ni...
ReplyDeleteYang touchngo dan smart tag tu untuk 'loyalty program' dapat 5%. Maybe bermula dari RM200 dibelanja untuk tol, dapat rebat RM10. Dan mungkin juga ini sebagai tambahan kepada diskaun 10%.
ReplyDeleteUntuk yang biasa dapat 10%. Musim perayaan dapat 20%.
Apa pun kita tunggu detail dari PLUS.