Monday, November 17, 2008

Tuntutan RM8,000 Ada Bukti, Angkasawan Negara Kini Sawan Dengan Angka - malaysiakini

BANDAR JENGKA: Baru-baru ini gempar dengan kisah Syeikh Muszaffar menuntut sehingga RM8,000 dalam satu sessi ceramahnya.

Kerajaan berjanji untuk menyiasat perkara tersebut kerana beliau masih dalam kontrak dan seharusnya tidak menuntutnya jumlah sedemikian.

Semalam saya menerima satu mesej dari seorang staf UiTM Jengka yang memaklumkan, pihak UiTM Jengka telah membayar sebanyak RM7,000 kepada Dr Syeikh Muszaffar Shukor, Angkasawan Negara ketika memberikan ceramahnya baru baru ini.

Menurut pemberi maklumat tersebut, angkasawan negara itu pada asalnya menuntut bayaran sebanyak RM8,000 sebelum beliau memberi persetujuan untuk menyampaikan ceramahnya.

Selepas rundingan dibuat bayaran itu telahpun dikurangkan kepada RM 7,000.

Sekiranya maklumat yang saya terima ini benar, maka sewajarnyalah pihak UiTM melaporkan kepada kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi membantu siasatan.

MOSTI dalam kenyataan terbarunya meminta orang awam yang membuat dakwaan angkasawan itu mengenakan caj sehingga mencecah RM 8000 perlulah mengemukakan bukti dalam tempoh dua minggu untuk diteliti.

-Pahang Daily

1 comment:

  1. Jika ada bukti, eloklah disertakan dalam laporan kepada Mosti. Tapi laporan mestilah adil kerana kita harus ingat dan kena pastikan, adakah Dr Muzaffar 'deal' secara langsung dengan UiTM atau UiTM 'deal' dengan orang tengah. Ini penting kerana kadang-kadang orang tengah yang suka minta lebih supaya komisen pun lebih...Entahlah. Siasat jangan tak siasat...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?