Tuesday, November 04, 2008

UMNO Pertubuhan Kongsi Gelap???

Sembilan ahli politik Umno di Kedah sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan mesyuarat perwakilan Umno Kedah sejak sebulan lalu.

Kah kah kah kah kah...ahli UMNO kena siasat dek BPR?aku tak caya...

Menurut laporan-laporan media, pengarah BPR negeri Nooraziah Abdul Manaf berkata, sembilan kes berprofil tinggi itu dibuka daripada 51 fail sepanjang tempoh Januari hingga semalam.

Aik 9 je bukak? lagi 42 apa cerita?

Beliau berkata, siasatan sukar dilakukan kerana saksi enggan tampil memberikan maklumat kerana takut dengan pemimpin Umno terbabit, lapor laman web Berita Harian.

Ooo...lagi 42 tak dapat bukak sebab "takut dengan pemimpin UMNO terbabit" kot...dasat betul la...UMNO ni pertubuhan politik ke pertubuhan Kongsi Gelap???

Bagaimanapun Star Online melaporkan, Nooraziah enggan mendedahkan parti terbabit dan nama-nama ahli politik berkenaan.

Sebab apa pulak tak nak dedah? "takut dengan pemimpin UMNO terbabit" jugak ke?

UMNO ni pertubuhan apa? pertubuhan Kongsi Gelap berdaftar ke Pertubuhan Parti Politik???

Ish.........

1 comment:

  1. Itulah susahnya bila sebuah parti yang besar telah dipengaruhi oleh gejala politik wang yang kuat sehingga ada ahli yang takut untuk menjadi saksi terhadap kes politik wang... Apa yang nak ditakutkan? Berani kerana benar....melainkan ahli yang takut nak jadi saksi tu pun mungkin pernah terima wang haram tersebut kot...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?