Tuesday, November 11, 2008

Usul Kit Siang gesa Kabinet tidak rayu pembebasan Raja Petra ditolak Parlimen

KUALA LUMPUR: Usul tergempar yang difailkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam bagi menggesa Kabinet tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditolak Dewan Rakyat hari ini.



Keputusan itu ditolak Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melalui dalam kamar.



Menurut Lim, alasan yang diberikan oleh Speaker ialah terdapat usul lain yang difailkan mendahului usulnya.



"Terdapat usul lain yang difailkan sebelum usul saya, saya sendiri tidak tahu usul siapa yang diterima," katanya.



Ditanya sama ada usul yang diterima itu ialah usul Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) kerana Pengerusi DAP itu turut memfailkan usul tergempar ke Dewan Rakyat Semalam, Lim tidak pasti dengan perkara tersebut.



"Saya tidak pasti usul siapakah itu, kita tunggu sehingga pukul 11.30 pagi nanti," katanya.



-mSTAR Online

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?