Tuesday, December 02, 2008

10 sen ke 15 sen? - malaysiakini

Kerajaan dijangka menurunkan lagi harga runcit minyak petrol dan diesel dalam masa terdekat ini atau selewat-lewatnya sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha Isnin ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga minyak pasti akan diturunkan ekoran penurunan harga minyak global ketika ini.

Ditanya sama ada penurunan itu akan diumumkan pada Rabu ini, beliau hanya tersenyum dan mengulangi jawapannya beberapa kali bahawa penurunan akan berlaku dalam masa terdekat ini.

"Penurunan bulan November sepatut dua kali tetapi perlu tunggu Menteri Kewangan balik dari luar negara ketika itu. Namun sudah pasti harga minyak akan turun lagi sebelum Hari Raya Aidiladha ini," katanya pada sidang akhbar selepas menutup Seminar Pembangunan Perniagaan Peniaga dan Usahawan Kecil Johor Bahru di sini hari.

Shahrir bagaimanapun enggan mengulas ramalan bahawa harga petrol akan diturunkan sebanyak 15 sen.

"Jangan buat kesimpulan," katanya sambil membayangkan penurunan harga minyak kali ini tidak akan melebihi 15 sen.

2 comments:

  1. kalau harga minyak turun lagi bermakna berita baik la buat pengguna-pengguna kenderaan semua.amatlah dialu-alukan penurunan harga minyak ni.

    ReplyDelete
  2. Saya yakin harga minyak pasti akan turun paling lewat pun Jumaat sebab Shahrir Samad dah bagitahu harga minyak akan turun sebelum Hari Raya Haji... Alhamdulillah, Hari Raya ni boleh jalan-jalan, pusing-pusing naik keta sakan....

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?