Monday, December 22, 2008

AYUH, TUTUP SEMUA BLOG UMNO! - malaysiakini

Ini gua cilok dari blog nobisha yang aku rasa pro UMNO... hangpa tengok... pro UMNO lanyak UMNO sebab UMNO tak cerdik... dah 50 tahun... yang kesiannya... orang UMNO sendiri pun baghu tau UMNO tak cerdik... kui kui kui kui kui...

Nak kata lawak, tak lawak. Nak kata tak lawak, macam lawak. Itu yang saya rasai selepas membaca laporan Utusan Malaysia yang menyebut bahawa seorang bekas Ketua UMNO Bahagian diberi amaran kerana berkempen menggunakan blog.

Saya tidak pasti adakah Lembaga Disiplin UMNO ini masih berada di zaman batu atau dalam zaman GenXer (menggunakan istilah Don Scott, penulis buku "Grown Up Digital"). Saya cadangkan semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin parti itu membaca buku tersebut. Menurut Eric Schmidt, Chairman and CEO of Google, Grown Up Digital "demonstrates the world-changing power of the Net Generation."

Kalau berkempen melalui blog menjadi kesalahan, maka UMNO kena hapuskan peraturan lapuk tu. Peraturan begitu bukan sahaja menjadikan orang ketawa, malah boleh membuat orang menjauhkan diri dari UMNO. Saya sendiri pun tak tahu bagaimanakah nak menjustifikasi peraturan tersebut.

Entahlah, saya juga tak tahu bagaimanakah UMNO (atau BN) nak hadapi PKR dan PAS yang hebat menggunakan "new media" sedangkan ahli UMNO tak dibenarkan berkempen menggunakan blog. Kalau tak gunakan blog, Facebook, Myspace, Youtube, Friendster, chat dan lain-lain sewaktu pemilihan parti, bagaimanakah mereka nak mahir gunakan semua itu dalam pilihanraya umum nanti?

Kalau tak salah saya, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO pernah menyebut semua calon Exco Pemuda mesti ada blog supaya mereka boleh jelaskan wawasan masing-masing. Nah, sekarang Lembaga Disiplin UMNO kata adalah salah menggunakan blog untuk berkempen.

Saya fikir keputusan Lembaga Disiplin UMNO dan peraturan dalam soal ini adalah satu langkah ke belakang. Kalau begitulah cara kepimpinan tertinggi UMNO berfikir, ini mungkin merupakan punca mengapa "Blog UMNO Tak Ada Ummph!"

UMNO patut belajar kepada DAP yang sejak awal-awal lagi mengiktiraf peranan blogger dan "new media". Blogger tersohor Jeff Ooi, sebagai contoh, dicalonkan sebagai Ahli Parlimen dan menang. Malangnya, ada pemimpin UMNO yang tidak tahu bagaimanakah nak membuka blognya sendiri (ini diceritakan oleh seorang wartawan kepada saya); apatah lagi menghargai blog dan sumbangannya dalam proses demokrasi. Malah, saya juga tidak hairan kalau ada yang keliru antara "internet" dan "fishing net".

Maaf, kalau nak marah kat saya pun marahlah ... Saya tetap tegas mengatakan keputusan Lembaga Disiplin UMNO menunjukkan parti itu tidak menghargai blog.

Kita berikan peluang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk memansuhkan peraturan lapuk yang tak membenarkan kempen melalui blog. Sekiranya mereka berkeras juga .... Ayuh, tutup semua blog UMNO!

1 comment:

  1. Blog bukan UMNO ada umpph sebab banyak mengutuk dan bawak cerita sensasi yang kebenaran entah dimana. Tu sebab ada ummphh kot. Hehe..

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?