Monday, December 22, 2008

Banyak Peluang Pekerjaan Di Wilayah Iskandar Malaysia Ketika Ini, Kata Subramaniam

Orang ramai yang sedang mencari kerja, terutama bagi mereka yang diberhentikan di Singapura, seharusnya beralih ke wilayah Iskandar Malaysia untuk mencari kerja memandangkan banyak peluang pekerjaan disediakan di kawasan berkenaan ketika ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Katanya dengan pelaburan yang mencurah tiba di wilayah berkenaan ketika ini, beliau yakin banyak peluang-peluang pekerjaan sedang menanti di wilayah tersebut ketika ini.

"Bagi yang diberhentikan pula seharusnya cuba cari kerja di kawasan ini. Di Johor sahaja terdapat 12,000 peluang pekerjaan ketika ini," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian anugerah Usahawan India Muda Ke-5 di sini malam ini.

Beliau berkata dalam mesyuaratnya dengan atase buruh kementerian di Singapura, para majikan dan wakil-wakil mereka di Johor Baharu semalam, beliau mendapati bahawa masalah pengangguran tidak terlalu serius, walaupun ramai yang beranggapan keadaan akan bertambah parah apabila Singapura semakin dilanda kegawatan ekonomi.

Menurutnya setakat ini jumlah pekerja yang diberhentikan di Singapura, dan yang terpaksa kembali ke Malaysia untuk mencari kerja, tidaklah terlalu banyak sebagaimana yang dianggap sesetengah pihak.

Berhubung isu Western Digital, Subramaniam berkata pegawai Kementerian Sumber Manusia sedang membantu pare pekerja yang diberhentikan kilang berkenaan, dalam mendapatkan bayaran pampasan sewajarnya.

Kilang pengeluar cakera keras dari Amerika itu ditutup di Kuching, Sarawak baru-baru ini selepas 13 tahun beroperasi dengan memberi alasan produk tidak mendapat permintaan, mengakibatkan kira-kira 1,500 pekerja kehilangan mata pencarian.

2 comments:

  1. Kita harus bersyukur jika benar masih banyak peluang pekerjaan di wilayah Iskandar. Kita juga patut berterima kasih kepada kerajaan kerana membuka peluang asing untuk melabur dalam negara dan secara tak langsung, ia membuka ruang pekerjaan yang luas kepada rakyat.

    ReplyDelete
  2. Macam ayat ayat Mat Monggol je....our economi is strong....keh keh keh keh

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?